budaya dan mr bean
korang ada ingat tak, satu episod mr bean yang dia berada di satu taman, menyediakan sandwich, semua bahan2nya dibawak sendiri, ikan, cheese, salad. betapa payahnya dia buat walhal orang yang duduk kat sebelah dia tu, duduk dan buka dan makan sandwich yang dibeli tu. bayangkan korang berada dalam keadaan mr bean tu.
cerita aku ni takder la berakhir dengan kisah sedih di mana mr bean bersin dan kesemua sandwichnya beterabur. aku mr bean yang berjaya makan sandwichnya yang lebih sedap dari orang beli tu,haha. bermulanya tadi, aku dah plan nak masak sweet sour. maka pergilah dapur, hanya aku seorang. aku mula mengeluarkan segala bahan dan perkakas yang digunakan untuk memasak. maka bermulalah sesi memotong…tup tup masuk la flatmate aku sorang nih. buka lemari, keluarkan bowl dia dan turut sama mengeluarkan segala bahan dia. sesi memotong aku dah hampir selesai, maka aku pun memanaskan periuk dan minyak. dah tu, dia pun dah siap pergi duduk atas meja, makan. aku? baru tumis bawang. mulalah sesi memasak aku, satu2 bahan dimasukkan…dah habis makan pun flatmate aku tu! aku? baru nampak kuah sweet sournya. aku kalau masak, ralit gak. sesudah masak, aku baru perasan dia dah lap pun bowlnya yang sudah dibasuh. aku? baru tersenyum nak menikmati makanan aku! sedapnya sweet sour. apa yang aku cuba sampaikan disini,walaupun aku nampak teruk memasak terlalu lama tapi aku tetap menikmati makanan yang sangat sedap, berbanding dia, mengambil masa sekejap ja nak sediakan dinner. tapi aku perasan dia masukkan je semua salad dan dressing yang ready-made,which is agak mahal dijual di pasaraya. dia makan pun kejap,aku tatau la besar mana mulut dia tu. bowl dia lagi besar kot dari bowl aku yang comel ni. mesti tak nikmat kan dia makan. aku baru ja menghabiskan makanan aku sambil menulis blog. budaya sememangnya berbeza, mungkin bagi dia aku adalah pelik sebab masak lama2. bagi aku dia pulak pelik sebab makan sayur camtu ja, dah la kejap plak tu. dunia ini mempunyai pelbagai budaya, seronok. untuk pengetahuan, flatmate aku tu orang greek. lagi satu, bak kata budak 19 1A tahun ni, memasak tu dapat menajamkan minda. marila kita masak2…
listening to retirement by kaiser chiefs
March 14th, 2007 at 3:30 pm
i remember dat episode..dah la kopi pon dier buat sendiri kan..u missed one important point la which is,when u masak sndri it’ll gives u self-satisfaction..which people who bought their food will never rasa dat..hihi..yo yo o je~
p/s; mr bean’s pix,2x tengok..kebesaran mata dier sejibik u..huahua =P
March 17th, 2007 at 5:11 am
hahaha…kalako abih~