Archive for March, 2007

kenapa dengan ym?

Sunday, March 25th, 2007

yang diluar sana tu, ada masalah tak dengan yahoo messenger korang? time malam ahad ni la dia nak buat hal, aku ada 2 homework tak habis lagi ni ym oi. ko jangan lupa ko tu berjasa menjadi tempat kitorang berbincang malam malam ahad ni. walaupun ramai yang lain dah start bercuti sakan, aku still ada lecture sampai 4 petang jumaat 30hb mac.

listening to ketidakwarasan padaku by sheila on 7

roti canai free

Tuesday, March 20th, 2007

Untitledkorang yang kat london tu beruntung la kan,esok leh dapat roti canai free2. tapi sure yang duduk jauh2 tu pikir 2-3 kali berbaloi ke habiskan tambang nak ke malaysian hall tu semata2 10 keping roti canai, lain la dah sambil lalu kan. pakcik roti canai tu takmo promote ke dekat birmingham ni? ramai melayu malaysian gak kat sini. sure laku punya nanti kalau promote kat sini. walaupun dah ada roti canai freeze ni, rasanya ‘authentic’ ke? aku memang dok makan pun roti canai freeze ni, brand ‘kawan’. tapi rasanya tak sesedap roti canai pagi2 dekat malaysia yang tepungnya diuli, dipenyek, ditebar, dibakar fresh2. cepat plak masa berlalu, dah 6 bulan aku kat sini 21/9 - 20/3. boleh tak makan roti canai cicah/belaukkan ikan masin goreng?

listening to ingin pulang by sheila on 7

budaya dan mr bean

Wednesday, March 14th, 2007

korang ada ingat tak, satu episod mr bean yang dia berada di satu taman, menyediakan sandwich, semua bahan2nya dibawak sendiri, ikan, cheese, salad. betapa payahnya dia buat walhal orang yang duduk kat sebelah dia tu, duduk dan buka dan makan sandwich yang dibeli tu. bayangkan korang berada dalam keadaan mr bean tu.

Mrbeancerita aku ni takder la berakhir dengan kisah sedih di mana mr bean bersin dan kesemua sandwichnya beterabur. aku mr bean yang berjaya makan sandwichnya yang lebih sedap dari orang beli tu,haha. bermulanya tadi, aku dah plan nak masak sweet sour. maka pergilah dapur, hanya aku seorang. aku mula mengeluarkan segala bahan dan perkakas yang digunakan untuk memasak. maka bermulalah sesi memotong…tup tup masuk la flatmate aku sorang nih. buka lemari, keluarkan bowl dia dan turut sama mengeluarkan segala bahan dia. sesi memotong aku dah hampir selesai, maka aku pun memanaskan periuk dan minyak. dah tu, dia pun dah siap pergi duduk atas meja, makan. aku? baru tumis bawang. mulalah sesi memasak aku, satu2 bahan dimasukkan…dah habis makan pun flatmate aku tu! aku? baru nampak kuah sweet sournya. aku kalau masak, ralit gak. sesudah masak, aku baru perasan dia dah lap pun bowlnya yang sudah dibasuh. aku? baru tersenyum nak menikmati makanan aku! sedapnya sweet sour. apa yang aku cuba sampaikan disini,walaupun aku nampak teruk memasak terlalu lama tapi aku tetap menikmati makanan yang sangat sedap, berbanding dia, mengambil masa sekejap ja nak sediakan dinner. tapi aku perasan dia masukkan je semua salad dan dressing yang ready-made,which is agak mahal dijual di pasaraya. dia makan pun kejap,aku tatau la besar mana mulut dia tu. bowl dia lagi besar kot dari bowl aku yang comel ni. mesti tak nikmat kan dia makan. aku baru ja menghabiskan makanan aku sambil menulis blog. budaya sememangnya berbeza, mungkin bagi dia aku adalah pelik sebab masak lama2. bagi aku dia pulak pelik sebab makan sayur camtu ja, dah la kejap plak tu. dunia ini mempunyai pelbagai budaya, seronok. untuk pengetahuan, flatmate aku tu orang greek. lagi satu, bak kata budak 19 1A tahun ni, memasak tu dapat menajamkan minda. marila kita masak2…

listening to retirement by kaiser chiefs

nasib oh nasib

Tuesday, March 13th, 2007

Aasapa yang plan nak balik m’sia tapi tak beli tiket balik lagi, p la cari cepat sementara harga tak naik2 lagi. nak tunggu air asia X? jangan dok mimpi la. tatau la kot2 depa ada cara lain. ceritanya, air asia X yang kata ada kl to london semurah 80 pounds tu, dah ditangguhkan pelancarannya, kemungkinan ogos 2008. kesian plak kat gank2 yang mengharap air asia X tu. sumber berita dari BBC News. Klik la kalau nak baca lebih lanjut.

tenang

Saturday, March 10th, 2007

semalam memang tak sabar tunggu lecture terakhir tamat sebab tak sabar2 nak tunggu weekend. setelah seminggu lebih ber’macam’2 hal berlaku, memang weekend ditunggu2 sebab nak rehatkan minda dan badan ni sepenuhnya. bangun pagi menikmati kopi tanpa perlu kelam kabut, dihirup dengan perlahan sambil memerhati di luar tingkap cuaca yang semakin cerah. itu bagi aku ialah definisi hujung minggu yang tenang. walaupun bermacam2 lagi acara berlaku pada minggu ini, aku terpaksa menutup sebelah mata dan telinga demi merehatkan diri, antaranya nottingham m’sian nite, sheffield games dll. meh nak cerita skit benda2 berlaku di kala minggu yang berlalu;

Edsc02985badminton all england. setiap tahun rasanya all-england ni diadakan di birmingham, tak lain dan tak bukan di national indoor arena. tak de pun plan besar2an nak gi tengok sebab melihat kepada brochurenya, tiket2 yang dijual agak mahal bagi student yang semata2 bergantung kepada scholarship kan. walaupun aku tinggal dekat sangat dengan nia tu,tak perlu keluar kos tambahan untuk pengangkutan dan sbgnya,tapi all england tetap tidak menarik aku sekuat ‘benda’ lain. ntah cemana pagi rabu tu, fairy beriya2 menceritakan plan mereka nak tengok all england hari tu, sebabnya round 1, tiketnya hanya 5 pounds. then sembang dengan mak aku pon, dia cakap ‘ha,dah dekat sana tu, pergi je la, lain la jauh nak gi’. maka aku pun membuat keputusan mengsurvey website badminton all england untuk melihat perlawanan round 1 ni, tup tup, roslin hashim lawan lin dan petang tu. walaupun round 1, matchnya tetap best sebab lin dan player no 1 dunia (buat masa ni). terus je menyiapkan diri gi nia. masa aku sampai,diorang ni gitau aku,rugi aku datang lewat sebab tadik perlawan sengit beregu m’sia. aku diberihu oleh fairy pon match bermula pukul 4, padahai pukul 4 tu match yang dia aim nak tengok. startnya dari pagi lagi. cerita pasal perlawanan, baca je la kat blog rAiN’s world. lepas keluar nia tu, baru la aku rasa berbaloi 5.50 pounds tu,sebabnya semangat malaysia tu memuncak masa tengok match tadi.

Edsc00050bila minggu ni habis, maka tinggal lagi 3 minggu sebelum bermulanya easter break. bagi ramai kalian sekelian, sure tak sabar2 sebab dah ada yang book tiket flight nak gi paris, tiket masuk disneyland, tour 4 negara europe, dan juga plan yang grand2. tapi jangan dok lupa, maka tinggal 7 minggu lagi sebelum exam besar datang! (bagi birm uni yang periksa besarnya setahun sekali). bila aku patut fokus exam? sekrang la kan? itu jawapan skema…

listening to  everything is average nowadays by kaiser chiefs

tahniah yasmin ahmad

Friday, March 2nd, 2007

berita kemenangan mukhsin di berlin mungkin sudah basi,sudah hampir 2 minggu festival filem berlin menutup tirai. mukshin memenangi dua anugerah, best feature film dan special mention by the children’s jury. nak tulis pasal yasmin hari ni sebab baru hari ni yasmin ahmad mengupdate blognya. seronok plak baca kisah yasmin ahmad, sanggup berulang alik ke german untuk menerima hadiah. bukan senang nak naik pentas terima anugerah festival filem antarabangsa ni. masa tayangan mukhsin pun,yasmin cerita dia sangat lega bila penonton ketawa and bagi respon. takyah la nak cerita balik,gi je blog yasmin ahmad.

lama juga aku tak hidangkan filem2 bermutu dekat minda aku ni. bosan dengan filem2 hollywood yang memenuhi pawagam kat uk ni. nak pegi tengok pun malas, walaupun aku rasa ada satu cinema dekat cannonhill park menayangkan filem2 antarabangsa,yang harap2nya bermutu. filem terakhir yang aku tengok membuatkan aku kagum ialah ‘the departed’, plot yang ke situ dan ke sini, ‘unsangkarable’.

hari2 semakin bosan dengan rutin yang sama. aku kini menjadi lebih hipokrit kepada blog ini…no more fun!

listening to heat dies down by kaiser chiefs

yang benar

Thursday, March 1st, 2007

Kaiser_chiefs_yours_truly_angry_mobdah 4 hari! somebody please stop me. sebentar tadi aku rasa sudah 50 kali aku mengulang ‘yours truly, angry mob’. album lain semua aku tek sentuh. release last monday (rujuk entri kaiser kedua),aku terus dapat full album n start dengar. then ulang balik ‘employment’, 1st album diorang. awal2 tu rasa macam employment lagi best but after 2-3 hari dah compare and dengar, 2nd album, ‘yours truly,angry mob’ is much more better! keep up the good work kaiser chiefs! can’t wait for their 3rd album, huh?

listening to thank you very much by kaiser chiefs