apa khabar malaysia?
entri kali ni bersifat kenegaraan sikit. masa dulu,amik tau hal-hal negara melalui utusan malaysia ja. tak sah kalau sehari tu tak baca suratkhabar. salu ja bila my mom balik dari kerja,sure akan tanya ‘beli surat khabar tak lagi?’ takpun bila balik dari sekolah,sure tengok bawah meja kopi ada surat khabar atau tak. kadang2 tu habis selongkar satu umah coz my dad bila dapat baca surat khabar, habis dilipat2nya,tak dapat beza yg tu hari ni atau semalam punya. habit membaca surat khabar semakin lama semakin merosot bila masuk intec,sebabnya mahal (duduk sendiri,RM1.50 mahal la,boleh beli nasi tengahari lagi) dan malas nak beli sendiri. bila ada sorang beli surat khabar,seronok ja nak berebut baca.
bila dah duduk dekat sini,jangan harap la nak membeli ‘birmingham post’ tu. yang menjadi pilihan ialan ‘redbrick’,university of birmingham punya suratkhabar. setiap jumaat mesti cari surat khabar tu. at least dapat tahu gak la apa benda yang berlaku di sekitar universiti. salah satunya memberi jawapan kepada entri aku yang lepas bertajuk ‘tragedi’,rupa2nya ada bom. lari tajuk plak…
sebenarnya nak cerita pasal hal-hal yang berlaku di malaysia sekarang. ada banyak tapi yang menarik minat adalah satu, isu skim pinjaman buku teks dan belon. dikatakan pada hujung tahun lepas, kerajaan kita telah memberi berita baik bahawa semua murid akan mendapat spbt,semua,ya semua. tetapi baru2 ini kenyataan tu ditarik balik,hanya untuk ibubapa berpendapatan di bawah RM2000 sahaja yang layak menerima spbt. ini kerana pengurangan bajet yang diterima oleh kementerian pelajaran malaysia sebanyak RM 100 juta. itu adalah alasan yang diberikan. rakyat kini mula mempersoalkan,mengapa? pembelian ‘belon’ berharga RM 200 juta tidak pula menjadi masalah. kalau sesiapa yang tahu hal ini, tak payah la nak hurai panjang,sure dah faham dan kalau sesiapa yang tak paham, cuba la selak mana2 blog orang malaysia pasal isu-isu negara ni. takut gak dengar macam2 cerita pasal malaysia.