kembali setelah 5 minggu tiada. semuanya telah dijelaskan di post yang lepas-lepas. kini kitaran seharian kembali normal seperti hari2 biasa, kelas,homework, weekend. homework sebelum cuti pun baru je habis semalam.edisi kali ni tak termasuk minggu in saja,tetapi turut sama mengambil kira 5minggu yang lepas…
filem favorit : happy feet
cerita ni best,cayalah. walaupun animasi tapi mesej yang dibawa sangat kedewasaan. sangat sesuai untuk tontonan dewasa. paling best part2 musik, memang masuk la dengan filem ni. penguin plak ada komuniti macam manusia. paling best penguin samseng yang tak berapa samseng tapi pak lawak. nak cari soundtrack dia kalau boleh. cerita ni pasal komuniti penguin yang kerja mereka ialah menyanyi. ada plak sorang anak penguin yang baru lahir ni, takleh kuar suara n menyanyi,once dia nyanyi,merosakkan lagu. tapi dia ada bakat tesendiri iaitu kakinya. kaki penguin sekor ni memang boleh buat tap. awal2 keluar dari telur je dah ber’tap’ dengan kaki dia. tapi komuniti penguin yang highclass anggap anak ni cacat la.tak terima pun. yang parents diorang ni plak,penyanyi no 1 la generasi orang2 dewasa time tu. pastu anak plak dapat camtu. sepanjang cerita ni,analogi dia boleh dibandingkan dengan kehidupan manusia seharian. contoh; tak semestinya orang tu tak dapat 10 A dalam spm dia tu tak pandai tak berguna kepada masyarakat. itulah betapa beratna mesej dalam happy feet ni.
lagu favorit : ruby by kaiser chiefs & recover by the automatic
kali ni dua lagu sekali sebab takda segmen untuk lagu melayu sebab dah kurang dengar hotfm. internet plak skrang dah limit,so takleh la nak dwload lagu2 melayu skrang ni.tapi stil tak lupakan lagu2 melayu dan malaysia la. dengar kata adibah noor menang juara lagu sebentar tadi.tahniah!. kembali kepada tajuk, lagu ruby tu stil tak keluar cd lagik. kaiser chiefs dah release ruby as new single for their 2nd album,hanya boleh dengar dekat BBC Radio 1 ataupun paling kerap dekat Kerrang! Radio. single ruby ni memang ada lil bit of pop melayu 80/90an la. lagu kedua; recover plak lagu pembakar semangat untuk memulakan spring term yang baru ni. memang the automatic pun cakap,lagu ni nak bagi orang yang down kembali semangat.layan…
album favorit : not accepted anywhere by the automatic & costello music by the fratellis
the automatic memang layan ; macam the killers + kaiser chiefs, dats y sangat masuk dengan aku. lagu recover tu memang pembakar semangat, dan lagu monster memang mengfamouskan automatic ni. single album ni sekarang ialah raoul. tap your feet with the music,yaya. gambar album tu ada dekat segmen atas tu. gambar tepi ni plak gambar costello music. album ni plak bak mendengar gerhana ska cinta versi sini dan jugak lagu2 really stail franz ferdinand. skrang ni tengah single chelsea dagger. lagu lain yang layan; henrietta,whistle for the choir n lagik,memang tak bosan mengulang. konsert dan gig fratellis pun sold out dengan cepatnya. peterpan nya album? entah la bila nak kuar,masih dalam proses.
televisi favorit : prison break season 2 episod 12
season 2 prison break memang lagi meng’dupdap’kan jantung aku. aku habiskan 13 episod dalam masa 2 hari ataupun 48jam. susah betul nak stop once bermula. ending setiap episod membuatkan tak sabar nak tengok apa terjadi for next episod. aku pilih episod 12 sebab masa ni la michael reunion dengan bapak dia dan jugak abang dia.tak sampai beberapa jam reunion,bapak dia K.O. pastu diorang ni plak dah ada peluang nak larikan diri tapi tak lari sebab nak meneruskan perjuangan membetulkan benda yang sangat la tak betul seperti korupsi yang telah lama dijuangkan oleh bapak diorang ni. pastu plak,doktor tu skrang dah jadi penting dalam series ni. tunggu episod 14 bermula dekat US esok 22 januari. bila nak dapat tengok kat sini?
santapan favorit : steambot @ maksu’s
seronok betul gi nottingham. maksu plak baru tau resipi buat steamboat ni. bukan gaduh risau ape pon,pakai masuk dan makan ja,makan plak tak beringat. sangat sedap. pikir2 balik,makanan steamboat ni sedikit sebanyak makan seimbang la kot. sebab semua bahan2nya direbus mentah2. mentah is sedap kan. pure dapat rasa bahan2nya seperti udang tu.malaysia mari jugak!
aktiviti favorit : ronda-ronda
apa lagi kalu dah cuti kan,ronda sakan la. plan awal nak travel luar uk tapi disebabkan masalah teknikal sedikit banyak, dah tak kisah pun travel dalam uk dulu. warwick and london boleh tahan la,dari busan duduk dekat umah.
sekian edisi kali ini… pendapat di atas adalah dari kaca mata sendiri. diingatkan lain orang lain pendapat. ianya subjektif