Archive for December, 2006
favorit minggu ini
Sunday, December 17th, 2006bertemu kita pada edisi kedua favorit minggu ini. seminggu yang lalu aku kurang mengupdate blog kerana nak siapkan assigment,test dan juga bermulanya winter break. rupanya,satu je post aku buat last week. walaupun dalam kepala ni banyak nak cerita. bukan ape, aku tak sempat habis kelas lagi,kawan dari liverpool datang menapak di birm ni. semakin ramai orang datang sini. pastu plak,aku gumbira,duit biasiswa untuk bulan 12 dah masuk. tu pon 2 hari lepas iaitu 15hb. macam mana la kalu takde simpanan ataupun perlukan duit untuk masa kecemasan. berbalik kepada hujug minggu ni, aku semakin discover banyak tempat2 lain dekat birm ni. dalam masa yg sama,aku tetap ‘jot down’ favorit2 aku pada seminggu lepas…
filem favorit : cinta
iya benar,filem cinta. aku dah tengok dah filem cinta walaupun berada kat uk ni. tapi aku suka cinta kerana 2 kisah sahaja iaitu cinta antara cikgu elyas dengan makcik rubiah dan kakak dengan adik. yang lain tu macam tak logik. memang tersentuh dengan cinta orang tua tu.
lagu melayu favorit : standing in the eyes of the world by tribute to ella team
lagu ni tak sepenuhnya menggunakan bahasa melayu tapi dulu masa sukan komanwel kat kl (time tu aku darjah 6 lagi),lagu standing in the eyes memang membakat semangat. pastu bila dibuat versi baru ni,dengar plak time dekat uk ni, semangat skit.im now standing in the eyes of the world~duh
drama favorit : the oc season 2 finale ; the dearly beloved
akhirnya di masa cuti ni aku berjaya habiskan season 2 the oc.endin ntuk season ni memang saja nak bagi korang tak sabar nak tengok/mula season 3 tu. kat mana aa diorang belajar buat drama cam tu? drama diorang banyak unsur dan elemen yang positif,tanpa kita sedari,sebab kita asyik mencari yg negatif,pandangan peribadi. last week pun oc gak, nak buat camne,aku ada dvd tu ja,haha
lagu inggeris favorit : stuntman by kasabian
kasabian baru je buat konsert dekat nia birmingham tapi malangnya masa tu aku tak cuti lagi,ada test plak hari tu. lagu stuntman ni memang menggabungkan elemen britrock+britdance/britrance. lagu ni ada dalam album terbaru diorang bertajuk empire. lagu2 lain dalam album ni pun layan gak. move ya body…
santapan favorit : mee goreng by ija
haha,feymes la ko lepas ni ija,nama ko masuk dalam blog aku. ija feymes = blog aku feymes = math error, undefine equation. lagi sekali,aku takleh lupakan mee goreng cara malaysia,digoreng basah plak tu,memang sedap la ija. awal2 korang ingat tak habis, last2 sampai dikorek2 kerak tu (bukan aku).
aktiviti favorit : berjalan kaki merentasi city
ini menerangkan segalanya apa yang aku buat weekend untuk minggu ni. budak liverpool datang,aku kena bawak diorang jalan,kali ni aku memang bawak diorang pusing habis la. kalau dulu gank2 lain datang,aku tak berapa reti lagi,aku bawak ke destinasi2 tertentu ja.kali ni aku dah ada ‘path’ membawak kepada semua tempat. hurm,tapi aku rasa aku baru je jelajah tak sampai 10% birmingham city ni.
lecture favorit : manderina language
last week dah buat test,minggu ni ape lagi,dapat la result test. nasib baikla result aku lepas,tak fail. tapi malu la sebab result aku sangat la teruk berbanding dengan budak2 lain. yg lain tu semua markah 90 ke atas,aku,hampeh… tapi stil belajar. semoga berjaya di term akan datang (jenuh la aku tak hafal lagipun walaupun satu character chinese)
sampai di sini sahaja untuk edisi favorit minggu ini,hingga berjumpa di edisi akan datang
seminggu sebelum cuti
Tuesday, December 12th, 2006apa yang dijangkakan bagi minggu terakhir sebelum winter break? jawapan aku,sakit kepala siapkan keje skolah dan juga test. nasib la aku dah siap semua keje,tinggal nak hantar je pagi esok. test terakhir plak hari khamis ni,walaupun aku ada masa lebih kurang sehari,tetapi aku dah tak keruan dengan test yang satu ni. kalau dengar silibus dia; counting,probability and graph, macam senang kan? tak senang la,aku pun tak sangka benda2 camni leh jadi rumit sedemikian (rumit sebab aku kurang study gak). bila2 aku tengah study dan tensen sebab tak faham,aku salu je regangkan badan sampai terdongak atas siling,tup tup aku nampak lampu aku dari sudut yang jarang aku nak perasan. nak kurangkan tensi,aku pun amik T7 aku, snap gambar tu dan buat post dekat blog aku nihh. bosan tak post aku kali ni?
favorit minggu ini
Sunday, December 10th, 2006sebutan perkataan diatas hendaklah di dalam bahasa baku iaitu fa-vo-rit,rujukan carta baek bangat red104.9. sebenarnya aku dah tak tahu nak tulis apa dan kekeringan idea. mungkin disebabkan banyak benda lain yang nak kena pikir (baca entri sebelum ini). kadang2 tu,perlu juga masa sekejap pikir benda2 yang tenang,contohnya apa la aku nak coretkan dalam blog aku nanti. jadi,aku telah keluar dengan idea (juga dalam sebutan baku ii-dia) pasal favorit ni. disebabkan isnin,iaitu esok,dikatakan bermulanya minggu baru,jadi aku akan sedikit sebanyak membuat kesimpulan seminggu yang telah berlalu tentang2 favorit-favorit aku.
filem favorit : the covenant kalau nak dikatakan dari segi perfileman,filem ni takder la bagus mana pun tapi disebabkan efek dia yang kool dan pengaruh2 witch dan pagan ni terus memikat aku tentang filem ni. kalu tengok,sure teruja dengan power2 dia gilababeng best tapi still mengisi elemen klasik, latar belakang filem ni juga banyak rumah dan sekolah klasik, macam kolej sultan abdul hamid la katakan
drama favorit : the oc season2 episode14 the rainy day woman walaupun aku tak dapat tengok banyak episod minggu ni disebabkan test,tapi episode 14 ni memang favorit sebab time ni la summer kembali kepada seth. tu la masalahnya kalau takder tv,tengok episod yang berkurun pastu seronok balik sesorang.
lagu melayu favorit : ku berlari by firdaus feat akhbar & cat lagu nasyid? memang terkejut la kengkawan aku kalau gitau aku minat nasyid sekarang,stereotaip kan? lagu baru ni memamg membawak kelainan dari lagu2 nasyid lain,kalau banyak lagi lagu nasyid berentak macam ni, sure lirik2nya dapat mempengaruhi muda mudi sekarang, tak salahkan berevolusi
lagu inggeris favorit : modern way by kaiser chiefs lagu ni dah lama pun keluar tapi baru2 ni aku terdengar lagu ni melalui walkman phone aku w850i masa jalan gi uni, terus aku teringat balik kat lagu ni yang aku memang suka. totally brit pop.
makanan/minuman favorit : bihung goreng bihun goreng menjadi pilihan aku minggu ni? kalau dah duduk kat uk ni,bukan tetiap pagi boleh jumpa kantin/kafe yang jual bihun goreng tu. kalau dekat m’sia, nampak bihun goreng sure dalam hati ‘takkan bihun goreng je’.aku memang kaki makan bihun gak masa kat umah dulu, 2-3 pinggan gak la.
aktiviti favorit : tidur memang tidak boleh disangkalkan lagi, setelah penat bertest dan berpikir,tidur memang aktiviti yang tepat untuk dilakukan,ditambah pulak dengan duvet favorit aku (terus aku nak gi tidur je ni).
lecture favorit : msm 1b foundation and abstraction memang akan terkejut la kalau dapat tau orang minat lecture ni sebabnya memang ko takkan faham dalam sekelip mata ditambah plak dengan ayatnya yang merepek. tapi aku suka lecture ni minggu ni sebab last lecture untuk term ni, hahaha. seronoknya
buat julung2 kalinya edisi ‘favorit minggu ini’ berjaya di’terbitkan. aku tulis je apa yang terlintas dalam pikiran aku, yang aku telah lalui minggu yang berlalu ni. kebanyakan favorit itu telah disimpan di dalam memori sepanjang minggu lalu. akhirnya dapat juga merealisasikan edisi ‘favorit minggu ini’. duh,lebih2 la plak. harap2 edisi seterusnya akan berjaya ditulis untuk minggu hadapan sekiranya tiada apa2 halangan.separug gambar rekaan dicuri dari website,khayalan semata2
p/s: gambar sebenarnya telah dimasukkan bagi setiap kategori favorit tapi aku tak reti nak edit bagi dia tersusun elok,dia bersambung ntah papa la plak, tolong?
bila banyak berpikir…
Thursday, December 7th, 2006sejak kebelakangan ni, banyak benda yang berlaku dan banyak benda nak kena rancang; test,cuti,tiket,rumah,hall,makan, vaksin, matematika dan banyak lagi la. bila dah jadi camtu,kepala otak aku akan sentiasa melakukan kerja2 pemikiran ni walaupun tengah berjalan atau menuju ke sesuatu destinasi ataupun ketika berada di dalam lecture hall;tak kira juga ketika melakukan kerja rumah/memasak. ni,nak dijadikan cerita…
setiap hari selasa,aku akan ada sejam gap sebelum lecture last aku bermula pukul 4 dan pada kebiasaanya aku akan mengisi perut aku yang lapar (sebab tak sempat nak makan lunch) dengan membeli springroll dekat spar (kedai serbaneka dalam uni). lepas beli tu akan terus je bergerak ke arts building dan lepak kat mason lounge, dimana atas lounge tu berlangsungnya lecture aku nanti.kat lounge tu ada komputer dan internet. mengikut kebiasaannya,aku akan memilih satu komputer, log-in dan melayari internet sambil menjamah spring rolls yang aku beli tadi. pukul 3.50,aku log off dan terus ke lecture hall.
ceritanya lain plak pada minggu ini. turutannya hampir sama di atas kecuali;….aku log in dan melayari internet. aku membuka plastik bungkusan spring roll itu, dan aku mengigit hujung spring roll tu. gigitan aku dimulakan dengan perlahan sambil tangan kanan aku mengawal tetikus dan mataku yang tertumpu di skrin komputer. aku mula mengunyah sehingga kunyahan aku mula mengenai lapisan deria rasa aku iaitu lidah. zap!
aku terpaku, deria rasa aku seperti memberi tembakan ke otak kepala aku yang penuh dan serabut dengan segala benda yang bermain dekat kepala otak aku ni. ayam? kenapa rasa ayam? aku dengan serta merta melepaskan tetikus dan menerkam plastik spring roll aku tu dan terus membaca label ‘ chicken spring roll’. duh.. nak je aku muntah kat atas keyboard tu. tapi apakan daya, aku terus pergi ke toilet nak buang makanan dalam mulut ni. dalam perjalanan tu aku terus mencampak spring roll tadi ke dalam tong sampah. sah sah la ayam tu tak halal sebab kat label tu takder halal. selama ni aku makan pun vegetable spring roll,tak penah pun aku amik chicken punya tu. nampak sangat aku ni ‘mamun’ masa beli benda tu tadi. aku pi rembat ja benda tu tanpa tengok label dia dan lagi teruknya,aku tak de pun terniat nak baca label tu masa nak makan coz aku mati2 ingat semua yang dia letak kat rak kedai tu adalah vegetable punya. tu pun, aku lega jugak la sebab aku baru ja gigit hujung spring roll tu, salunya hujung2 tu telekat kulit ja,tak de pun nak telekat isi-isi ayamnya. yang aku boleh sedar tu sebab kuah ayam tu kot . nasib baik takder filling ‘bab_’.
hari ni dah reda 2-3 hal yang aku pikir tu, test tinggal satu je lagi, vaksin meningitis aku dah amik dan lagi hal yang dah setel. bak kata orang, aku hari selasa lepas tu macam ‘mayat hidup’yang jauh berpikir. macam mana dari kaca mata orang lain melihat ‘aku’ hari tu?
duit dan kpm
Thursday, December 7th, 2006matematika atau manderina?
Tuesday, December 5th, 2006sebelum aku bermula,adaka perkataan mandarina? rekaan semata-mata. aku tak faham dan tak mengerti,kenapa dalam banyak2 hari yang ada,boleh plak dua insan itu memilih tarikh yang sama untuk buat test,padahal hari-hari lain tu,aku free sampai boleh ternganga denga puasnya.esok secara beturut-turut,aku ada test matematika 1s (supplementary) dan jugak manderina bermula 9 pagi. tapi malam ni baru aku terkalut2 nak study,yang mananya membuatkan aku sangat gelabah dan haru biru.
aku tak tahu nak study mana satu. salah aku juga sebab tak study awal2,itulah padahnya suka buat benda last minute. matematik tu memang la sah-sah subjek utama aku dan perlu diberi perhatian,walaupun setiap hari aku dah buat maths,tapi kalau tak polish,susah juga nak dapat markah bagus. yang si mandarina ni plak,aku memang tak sentuh langsung buku mandarin tu melainkan aku berada di dalam kelas mandarin,tup tup esok nak test.sepatah haram pun aku tak hafal si karaktor-karaktor chinese ni,dah la melekuk melekik.
last2,matematika ke mana,manderina ke mana…aku sekarang mengadap laptopku menulis blog melepaskan tensi. masa untuk tidur (titik)
