Archive for November, 2006

peterpan,album baru,disember?

Thursday, November 30th, 2006

From20control20room20ppberita diterima dari sheilagank, peterpan keluar album baru disember ini?esok dah nak disember,sempat ke keluar disember? kalu bisa benar… bakalin doktor di indonesia! poskan cd dekat aku secepat yang mungkin…

dunia aku tanpa internet?

Monday, November 20th, 2006

buat pertama kalinya tadi setelah beberapa bulan,sambungan internet aku menjadi bengong. setiap kalu aku nak connect,dia keluar ‘a network cable is unplugged’, berkali2 aku cuba connect, shut down laptop,restart,cabut pasang plag,tunggang tungging laptop ni,tapi semuanya tak menjadi. aku dah mula rasa ‘kosong’. aku dah jauh berpikir,apela aku nak buat tanpa tenet ni? tiada ym,tiada webCT,tiada eBay,tiada email,tiada berita,tiada hiburan,tiada rujukan dan banyak lagik yang tiada. dan yang paling menakutkan bila tiada webCT (bukan birm uni;webCT ni adalah website disediakan untuk pelajar untuk menyiapkan segala homework menggunakan aplikasi komputer dan segala kerja diamik markah dan ada due date). aku dah berpikir,setiap malam aku terpaksa menghabiskan masa di learning centre uni kalau nak buat homework 1A dan 1S,then aku dah mula pikir nak beli 3G card untuk internet connection ataupun wireless/broadband dari telewest.habis la duit aku sebulan2 tolak bil telepon dan bil internet. kenapa internet sekarang mempengaruhi kehidupan generasi moden sekarang ini?

aku kembali mengingati betapa bolehnya aku hidup tanpa teknologi ini semua apabila berada bersama2 haccers di tengah2 hutan atau gunung waktu dulu2. hidup ini ceria bersama hacc (aku memakai baju hacc sekarang ni). cemana hacc boleh masuk topik plak ni?dah dah

goodbye boys: review

Sunday, November 19th, 2006

800x600akalu yang pernah baca entry aku bertajuk goodbye…, ini adalah sambungannya. akhirnya dapat jugak menonton filem ini walaupun berada di sini ,terima kasih husna dan aunty. dah lama tak tengok filem malaysia. memang aku mengharapkan karya seterus si bernard akan mengkagumkan aku, malangnya, klimaks kekagumannnya terletak di separuh cerita terakhir. pada awalnya,bernard seperti cuba memasukkan elemen ‘kenangannya’ yang tidak disusun dan diolah dengan menarik. tapi bernard pandai juga menyelit skrip berunsurkan sarkastik yang menambahkan pedas filemnya. tidak cukup menggambarkan suasana 1990 hanya dengan menggunakan wang kertas malaysia rm20 yang coklat. latar belakang kampar/batugajah/tanjung tualang tidak dijelaskan. tetapi bangunan lama sepanjang jalan gopeng sedikit sebanyak mengimbau kembali kenangan di sana.bas ipoh yang buruk tu,memang sesuai. bernard juga terlepas pandang unsur logika di dalam filemnya. bila orang berehat,sudah tentu tempat teduh menjadi pilihan,tetapi teduhan hanya sekitar itu tidak dipedulikan,sanggup berada di bawah sinaran matahari terik,hanya untuk memasukkan unsur sinematografi yang kureng. lupakan pasal tu, haris hue dan albert hue sekali lagi berjaya dalam sinematografi mereka.

bahagian plotnya,atas angin dan kurang diolah. sangat mudah jalan cerita dan plot2 sekitarnya juga kurang diolah sedangkan bernard boleh untuk menambahkan durasi filemnya,mungkin lina tan tak bagi bajet lebih kot.musik,kenapa hardesh singh tak berapa berjaya kali ni? hardesh seperti melekat dengan stereotaip lagu2 pengakap yang kurang menyengat,ada banyak lagi yang boleh digantikan. lagu masa prom tu sangat sesuai!

akhir kata,filem ini sangat kena dengan perangai budak2 lelaki zaman sekolah terutama all-boys skol cam aku. persahabatan,cemburu, kesetiaan,tikam belakang, dengki, gembira, azam, berpikiran pendek, heboh dan banyak lagi yang positif dan negatif. jadikanlah negatif itu sempadan dan positif teladan. i love skool time! i love sahc! i love iskandar school!

cinta atau love actually?

Sunday, November 19th, 2006

21151928m sebuah kisah tentang kasih, tag filem terbaru di malaysia, ‘cinta’. sehari sebelum aku fly, aku dah nampak poster filem ni, teruja sebab poster lain dari yang lain (dan ada amani,hurm). tapi,setelah diamati tentang filem cinta ini, aku dah nampak filem ini semacam satu naskhah filem uk yang diulang lakon di dalam versi malaysia. dibaca dari sinopsis ‘memaparkan lima kisah cinta berkisar di metropolis kuala lumpur namun setiap watak berkait menerusi keadaan dan peristiwa’. susah nak komen sebab tak tengok lagi dan macam mana la nak tengok dah dok kat sini. berdasarkan love actually, filem ini juga memaparkan kisah cinta di seluruh london yang mana akhirnya masing2 berakhir dengan satu iaitu ‘cinta’. sesiapa dah tengok love actually boleh faham kot.

namun,syabas kerana alternate studio masih lagi terus cuba untuk menerbitkan generasi baru filem malaysia,selepas salon. tapi janganlah tulis camni dekat website www.cintathemovie.compengarah terkenal khabir batia telah berjaya melahirkan sebuah filem melayu terkini yang unik‘, sebabnya, filem ni tak unik kot kalau idea cerita diubahsuai dari filem yang dah ada.

p/s : dah keluar vcd nanti,tolong pos!

murtabak tanpa merah jambu

Sunday, November 12th, 2006

Dsc02182makan murtabak? buat sendiri? mesti ‘renyah’ nak buat murtabak ni,nak uli lagi,nak peram lagi, nak tenyeh2 lagi,pastu nak masak lagi. kalau dekat pasar malam,pakcik murtabak lambat skit je dah tak senang duduk,’awat la buat lambat sangat,tunggu berejam dah ni’.tapi bila sendiri buat,sendiri dah faham,susah gak nak buat murtabak ni. tapi semua itu tidak menjadi masalah bila teringin nak makan dan juga bila hidup di zamam moden ni. dah tak ada renyah2 pun,semuanya gunakan bahan2 yang senang. tetapi untuk mendapatkan ‘merah jambu’, tak sempat nak belajar lagi. merah jambu yang dimaksudkan ialah bawah dengan cuka dimakan bersama2 murtabak. ada orang suka makan dengan kari tapi kalau dekat alorstar,bawang merah jambu tu la yang sedap dimakan dengan murtabak. ini adalah cubaan kali pertama yang dilakukan sepenuhnya oleh ‘budak2 baru belajar’. banyak keping gak dapat dihasilkan tadi. ditambah pula dengan popia, pedas tapi sedap. kalau tak pedas,memang dah habis sental. tersedar tadi, betapa banyaknya bahan2 yang kurang sihat di dalam makanan malaysia ni (bukan pakar tapi berdasarkan pemerhatian), contohnya murtabak, telur menjadi bahan keutamaan dalam murtabak. begitu banyak telur digunakan untuk menyedapkan murtabak. popia plak, minyak sudah menjadi keutamaan untuk menggoreng. sekali sekala, apa salahnya,yang penting menjaga kesihatan, tau makan tau jaga!

ebay ; hampeh dan best

Thursday, November 9th, 2006

Dsc02173_1ebay? sapa tatau ebay tu nanti pandai2 la belajaq tengok ebay ni. buat pertama kalinya aku beli barang dekat ebay 3-4 hari lepas. aku beli tu takyah pun dok bid2,beli yang ‘buy now’ punya. sah sah la aku menang. aku beli la bateri discman aku sebab bateri awal2 dapat’ kong’ terus. terpaksa gak la beli, nak cari punya la payah. ebay ja la,murah plak tu. 2 hari lepas, aku dapat bungkusan, punya la seronok dapat parcel padahai bateri ciput tu ja. tetap seronok sebab kesian kat discman aku dah tersadai punya lama. semangat gila membuka. cam puas hati la awal2 tu sebab memang brand new macam dia kata kat ebay tu. sampai la tiba masa aku nak letak dalam discman, rupanya bateri tu lokal punya,besaq skit dari bateri ori yang ’sah-’sah’ ori sebab dapat masa beli discman. tengok balik, memang! bateri tu pun tak kemas (rujuk gambar) kena tipu dah! kat ebay tu tulih ‘genuine’, padahai genuine *&*%^*%%$ (untuk fahaman sendiri sahaja). tapi aku tetap maintain ‘cool’ (well,tak rugi dapat title mr cool 2006). then dekat ebay tu,lepas beli kena tinggalkan ‘feedback’, ala-ala markah,nak bagi naik reputasi peniaga tu. aku yang cool ni tak kejam pun nak letak negatif (ada 3 choices, positif, neutral & negatif). aku bagi neutral ja then aku letak skit komen ‘ lil bit larger than my old PROVELY GENUINE battery’.

keesokannya, aku pun check la ebay aku, sedar2, reputasi aku sekarang ialah negatif 1 (-1). aku kan new ebay-er, markah aku sebelum tu 0 la. *&^$%$# seller! dia ‘feedback’ aku balik negatif?? pastu dia komen ‘TROUBLE MAKER, i will not recommend you to anyone!’. geram tak? dia juai benda tipu,lepas aku komen, nak marah aku balik. memang sah sah ‘kipas’ (seller tu kipas la) takleh pakai.

bercakap sebentar tentang kipas (siapa tak tahu kipas tu apa, tanya aku senyap2 boleh? takut nanti aku kena BAN dengan anti-racism plak), diorang ni dah la belambak dekat uk ni. diorang ni bab2 beniaga semua no 1, tapi dari segi kejujurannya? paling teruk la. aku cakap berdasarkan pengalaman yang aku alami sendiri . satu contohnya seperti di atas. semalam pun, aku dan 2 orang lagi pun bengang dengan kipas. ada ke customer kena marah balik? huh… (tu cerita lain plak).

Dsc00110ebay best plak… hari aku terima bungkusan kedua, dari ebay gak iaitu printer. nak dipendekkan cerita, printer aku beli ni memang sah2 brand new,murah,memang betul tak buka lagi kotak dia (seperti yang dinyatakan di dalam page ebay dia). aku puas hati dengan barang kedua aku beli dekat ebay ni. seller dia ialah omputih,jujur kan? nak membeli pun tak ragu2.

nasi lemak dan notts game?

Friday, November 3rd, 2006

Nasilemak5pergi nottingham games esok(4/11/2006) ? teringin nak makan nasi lemak? dah pandai masak sendiri tapi macam nak jugak rasa kelainannnya? takpun, kelaparan di notts game sebab berjalan banyak sangat?

jemputlah datang ke gerai ‘nasi lemak’. harga boleh tahan (budak notts kan semua dapat duit >1000pound),apa salahnya berbelanja skit…

p/s:carik gerai nasi lemak yang ada aku. beli kat situ!

pekan sam’s

Wednesday, November 1st, 2006

Thekillers_1600x1200_04baru release oktober lepas. perfect la album sam’s town ni, sebest aku awal2 dengar hot fuss dulu (hotfuss album pertama the killers). tak rugi kalau beli album dan dengar kesemuanya,sure puas hati. (bergantung kepada minat individu). dok pulun ulang ja ni… thanx to w850i