tragedi malam raya
Thursday, October 26th, 2006boomm!! main mercun putus jari? bukan!
…buat pertama kalinya aku beraya di perantauan dan aku memilih nottingham sebagai ‘kampung halaman’ untuk beraya sebab ada keluarga dekat sana. petang ahad tu,sehari sebelum raya (raya hari isnin),ramai2 dekat dapur sedang menyiapkan juadah berbuka. dekat dining room umah,paksu dah mula nampak sesuatu yang tidak menyenangkan hati.
seperti kebiasaannya di sini,malam raya akan ada takbir dari rumah ke rumah. rumah paksu adalah rumah kedua.disebabkan rumah terawal,aku tak join la rumah 1st sebab nak ready makanan semua (macam banyak je aku buat keje). semua makanan diletakkan di atas meja dekat dining room, dimana ‘kerisauan’ adalah di situ. semakin lama,semakin risau kerana masalah itu semakin menjadi. tunggu masa saja,seperti telur di hujung tanduk.
"jemput makan,ada la makan skit’. lepas je orang habis takbir kat ruang tamu,maka dijemput la tetamu datang ke dining room makan. kat situ terhidang la laksam,pau,moi,kuih KALUT (adik beradik semperit). boommm! main mercun putus jari? bukan. masa tulah kerisauan tu terjadi. siling atas terus terjatuh dan bunyi kuat tu memang menakutkan. dekat dining room tu dah seperti newyork masa WTC ranap ke bumi. habuk2 beterbangan…keputihan (rujuk gambar). kanak-kanak dan tetamu turut dihempap siling. jangan panik,nasib baikla rumah dekat uk ni guna siling ringan. sebenarnya dari petang lagi siling tu dah macam melandur,seperti melembik dan merekah tunggu nak jatuh. masa orang ramai tengah makan plak yang dia nak jatuhnya. ada hikmah disebaliknya kot sebab lepas tu semua orang tolong kutip2 serpih2 siling yang jatuh tu,cuma tinggal habuk2 yang hanya sedutan vakum yang dapat membersihkannya. kerja yang lama menjadi sekejap. yang sedihnya,aku tak dapat nak ulang makan laksam tu,dah kena buang sebab masuk habuk2 semua. takda rezeki,nak buat cemana…
tetapi tetap ada rezeki mendatang sebab masa takbir dari umah ke umah,memang bermacam2 hidangan la disediakan.baru malam raya dah macam gi open house plak. aku yang raya sebelum ini hanya terperap di dalam rumah opah sambil menonon tayangan filem special aidilfitri sudah bertukar menjadi satu pengisian yang bermakna
p/s: carilah landlord yang baik dan pemurah nanti~
