Archive for September, 2006

iftar di sini

Thursday, September 28th, 2006

Dsc02018iftar = buka pose, betul kan? hari ke 6 berpuasa. tadi berbuka sangat best. kami bereempat rancang masing2 menyediakan lauk dan sama2 berkongsi. memang meriah la lauk2nya. syukur sangat. then takder la rasa sunyi sangat tak buka pose dengan family. walaupun takder murtabak faveret,tapi stil best,sampai penuh la meja tu tak muat nak letak semua

cerita terbang

Wednesday, September 27th, 2006

Dsc01990jumaat lepas,pertama kali aku terbang,senang cakap,naik kapal terbang. teringat masa baca magazine ‘Going Places’ yang Liew (ex-roommate) bawa balik masa dia naik MAS. dalam tu aku ada baca artikel seorang businessman tentang pengalaman pertama kali dia naik kapal terbang. Kali pertama naik flight,terus kena naik yang 12jam punya flight.tak ke tekejut? tak tak. ok lar, tak berapa beza sangat dengan naik tren yang aku salu naik ulang alik dari alorstar ke kl nak uruskan segala visa dan passport dulu. masa naik,aku pening tapi terkawal. boleh je enjoy atas flight tu. main battleship dengan flightmates (ada ka perkataaan ni) yang lain. walaupun kelas ekonomi, memang bagus la layanan dan perkhidmatan diberikan oleh mas. berbaloi juga kalu bayar dekat mas tiket mahal2. bila dah nak sampai heathrow tu,aku dah mula rasa nervous,tatau la kenapa. mungkin aku cam tak percaya je aku dah sampai kat situ. waktu kapal terbang landing aku masih lagi ok.bila je kapal terbang tu tengah cari parking,dok berjalan2 dekat airport tu,time tu aku pening. pelik kan? take time juga sebelum nak stabil. boleh dikatakan,aku antara orang yang paling last keluar dari plane.

sambung terus cerita imigresen. tak semene-menenye aku kena jadi ketua grup. dah la takder langsung sifat kepimpinan. aku gelabah sebenarnya nak bawa korang yang 38 orang melepasi imigresen uk tu.aku ingat nak buat tatau ja tapi ada la 2-3 orang yang ingat giler aku dilantik secara tak rasmi dekat klia tu. tu pun sebab aku antara orang terawal dipanggil,phew. kerana terpaksa,aku pun menjalankan tugas. ada plak yang p letak xray dalam kargo. nasib la takder pape masalah coz ada medical report. lepas amik bag dekat baggage claim,aku bayangkan lepas ni aku kena lepasi pegawai2 kastam kat situ. tapi…dah jalan punya jalan,terus aku nampak orang2 ramai pegang banner/poster menyambut kedatangan orang-orang. aku terus la nampak muka senior. lepas je dah jumpa bob,aku tanya la,’ni dah lepas semua ke? takder dah check2 barang?’. bob cakap,’ a’aa,lepas la,dah settle pun’. aku cam; camtu je ek? kalu ku tahu,nak je aku bawa cd cd aku yang almost semuanya pirated.kui kui kui

sahur sini

Tuesday, September 26th, 2006

sekarang pukul 5.30 pagi di uk. baru je lepas sahur.waktu sahur tamat tadi kul 5.11 pagi. mesti flatmate aku cam pelik,nape la bising gedegung-gedegang dekat dapur tadi. cuba gak la nak memaksimumkan pelanggaran antara frying pan dan utensil lain,tapi disebabkan masih lagi mentah dalam bidang masakan ni, hentam je la bising2 pun. buka puasa semalam meriah sebab buka dalam grup 4 orang,tapi sahur kena la makan sesorang. cam sejuk je nak gi umah orang lain nak bersahur sekali. masa untuk solat subuh…

sayangku bilik…

Tuesday, September 19th, 2006

Picture_0041bagi orang lain tak kisah la nak tinggal bilik sendiri untuk 3 tahun. tapi bilik aku ni, aku akan tinggalkan buat selama-lamanya sebab lepas ni,ada projek pembangunan baru nak buat dekat berek ni. abis la diorang runtuh.dengar kata, hujung tahun ini akan bermulala projek tu. nanti takde lagi aku nak balik bilik ni

cam bengong plak cerita pasal bilik

alma mater ; dahulu kini dan akan datang

Monday, September 18th, 2006

kolej masih tetap seperti yang dulu…morazuki datang balik kolej..bersemangat ingin menjayakan kolej 100 tahun pada 2008…dua tahun lagi punya event…dah start pening kepala pun…kesian morazuki…26 julai 2008…mari kita sambut…kolej 100 tahun

cikgu-cikgu…masih ingat lagi saya…sangat suka…semuanya happy belaka….semua masih cikgu yang sama…cikgu kolej memang susah nak tukar…suka duduk kolej…walaupun susah nak jaga pelajar yang gila-gila…cuma yang nampak…cikgu baru…itu aja…

surau kini berlantaikan marmar…kelas dekat dewan sudah pulih…bilik guru masih tiada aircond…yang ada…jatuhan kayu bumbung dek makan anai-anai

kolej sultan abdul hamid…dahulu kini dan akan datang

dedikasi kepada generasiku…

Friday, September 15th, 2006

jarang gak aku nak postkan lirik lagu kat blog ni. tapi time2 dah lama tak jumpa kengkawan, then jumpa balik..dan akan jumpa nanti, semangat plak dengan lagu ‘generasiku…’

pagi terjaga ku dari mimpi
terasa hati senang sekali
pasti dunia ku yang punya di hari ini
bersama kawan-kawan ku pergi
ketawa riang senang hati
indahnya dunia ketika kita muda remaja

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari

malam ini bertemu di pesta
berdebar membalas senyumannya
manisnya oh jatuh cinta kali pertama
bersama menitiskan impian
cinta, cita-cita dan harapan
di usia ini… tiada yang tak mungkin

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari
jangan gentar mengejar mimpi
yakin berani percaya diri
dan mula dengan hello

jangan takut jatuh ke bumi
bingkas bangun melangkah lagi
ke depan, lari dan terbang menuju bintang
hanya kau saja yang bisa menentu
arah hidupmu yeah…

pagi terjaga ku dari mimpi
terasa hati senang sekali
indahnya dunia ketika kita muda remaja

segalanya dalam genggaman
walau apa pun tak kan menjadi halangan
hidup ini setia menanti
generasiku bersinar bagai mentari

aku dedikasi lagu ini kepada sahabat sekelian..

iskandarian ; sepadu-ian till standard 6 (1998)

sultanabdulhamid ; everesr,alfa gank, beta n semua sekali

intec ; yang paling spesel buat saya…mari kita JALAN TERUS!!!

n tak lupa gak alorstar n taiping gank !

lima puluh lima puluh

Thursday, September 14th, 2006

ramai yang baca entry bertajuk ”22hb akan tiba" rasa aku excited,terutamanya my sis. sebenarnya bukan begitu. ayat yang dikeluarkan pun dalam keadaan teragak2. perasaan sekarang ialah bercampur baur..50/50 la. penin~ have a nice n safe journey kepada yang akan naik flight esok! c ya

bila betul tidak dipercayai

Thursday, September 14th, 2006

bayangkan ada ada satu situasi, contohnya lewat ke pejabat. anda bukan sengaja untuk lewat, malah anda bangun awal dan bersiap lebih awal, tetapi di dalam perjalanan,terjadi sesuatu, tayar kereta anda pancit. anda membetulkannya dan terus ke pejabat. sampai di pejabat, bos garang anda terus memanggil ke pejabat beliau. kenapa lambat? sudah tentu akan kita berikan alasan yang betul, tayar kereta pancit. tetapi bos terus memarahi dan mengatakan,semuan tu alasan. marah tak kita bila jadi begitu? anda pun memang selalu check tayar kereta,yang menyebabkan tayar pancit tu adalah paku di atas jalan yang bukan sengaja anda ingin langgar. jadi,bagaimanakah menghadapi situasi ini? reputasi di mata bos yang garang terus jatuh. adakah itu takdir? perlukah kita marah?

goodbye…

Wednesday, September 13th, 2006

aku bukan nak cakap pasai aku punya goodbye tapi nak cakap pasal filem terbaru,iaitu ‘goodbye boys’, filem arahan bernard chaulie,sebelum ini mengarah gol dan gincu yang movie punya. ya,memang teringin nak tengok dan tak sabar. yang sedihnya, opening on 23rd dan vcd release 25. penggambaran sepenuhnya dilakukan di kinta valley. im lovin it… tapi, macam mana naktengok?

p/s : poskan dat muvi to me

22hb akan tiba

Monday, September 4th, 2006

hari ini 4hb september. tidak sampai 3minggu lagi akan tiba tarikh 22hb. pada waktu itulah aku akan buat pertama kalinya dalam hidup aku untuk terbang membelah awan biru yang seindah warnanya. penerbangan aku pula pada pukul 12tengahari.kalau aku dapat tepi tingkap,rasanya 13jam kepala aku dok kat cam akan teruja sentiasa dengan keindahan siang di balik awan biru. sudah sudah la dengan bahasa yang tak berapa indah.

tadi 4hb september ada predeparture briefing,seperti yang kalian tahu,inilah masa yang dinanti2kan oleh setiap pelajar. agak boring tapi time bila di waktu yang kita nanti2kan..orang ramai terus je fresh. betapa kuatnya aura dan kuasa benda itu.

untuk pengetahuan rakan2 sekelian, aku akan menaiki penerbangan kuala lumpur - london pada 22hb september 2006 jam 12 tengahari di KLIA. turun di heathrow dan akan terus ke university of birmingham. tak sangka betapa cepat masa berlalu….aku masih ingat lagi masa masa risau akan keputusan semester di intec (time tu cam tak yakin je nak leh fly sebab result teruk teruk tapi yang penting selepas kita berusaha, ia akan membuahkan hasil,memang betul hukum alam)