Archive for August, 2006

lagi cerita alorstar

Sunday, August 27th, 2006

dah lama aku tak cerita pasal alorstar since sekolah feymes dulu. bila aku bukak topik pasal alorstar,mesti negatif. sememangnya itu je yang aku dapat luahkan. kalu yang positif,aku gambarkan di dalam gambar di foto klasik untuk masa depan. kat situ memang aku puji la alorstar yang banyak benda cantik.

kali ni aku nak cerita pasal negatif alorstar yang semakin menjadi-jadi kenegatifannya. sekrang memang aku dah start sibuk,buat hal sana sini,pasport, pemeriksaan kesihatan dan urusan lain. jadi,itu membuatkan aku terpaksa keluar dari rumah aku di tengah bandaraya alorstar ni dan bergerak menjelajahi alorstar.itulah yang membuatkan aku mengalami negatif negatif alorstar ni.

satu yang aku nak sentuh pasal parking motor. dulu aku ingat lagi,betapa hebohnya orang apabila MBAS [majlis bandaraya alorstar] mengupah orang untuk mengutip duit parking motor di tempat yang tak sesuai. setelah komen dari penduduk,bayaran itu diberhentikan. tapi,lain plak jadinya sekarang… kaki jaga motor haram pula yang berleluasa. aku ingat lagi masa aku remaja sekolah dulu,ada la 2-3 orang yang jadi kaki kutip duit parking motor haram ni.aku ni kan salu je bertandang ke sana situ,terutamanya city plaza. sampai orang kutip haram tu leh kenai aku rapat la. sampai dia pun tak mintak duit kat aku sebab dia pun tau,aku ni memang tak banyak duit pun time tu. itu dulu… tapi skrang ni,setelah 2 tahun aku tidak bermaustatin di alorstar;betapa hebatnya kaki kutip haram tu. semakin menjadi2. tempat parking faveret aku [depan library awam] tu dah tak best pun. aku baru je lalu depan tu, sambil memperlahakan motor, terus kakikutipharam tu jemput aku masuk? apehal plak,biaq pi kat aku la aku nak parking kat mana pun. yang depa nak kalut tu pesaipa. gila la…aku terus ja tak jadi parking situ sebab aku tengok orang tu pun cam drugaddict ja [pandangan peribadi]. pastu aku gerak plak gi dekat depan secret recipe,blakang city point.dapat gak lar aku parking tanpa ada orang datang. tapi time aku  balik,rupanya ada gak orang kat situ. isk,aku ni cam baik hati la plak. dia kata ‘tak kisah la abang nak bayar berapa pun,ikhlas hati.’ [huh..aku parking kejap ja,lepas tu plak,ang buat pa yang membuatkan aku nak kena bagi duit kat ang?] nak kata tolong lap motor,tak jugak.takperla,aku pun terasa nak bagi,aku cakap lar, ’saya takda duit kecik,kalu saya bagi abang bagi balik aa yang lebih tu’. aku pun kuarkan wang kertas rm2 sambil cakap, ‘ saya nak bagi 5 kupang ja,abang bagi balik saya rm1.50′. dia pun kata,’takpa2, saya ada duit kecik’. pastu…dia kata kat aku [selepas mengorek2 beg kecik yang mengandungi syiling, ' ada seringgit ja bang'. pastu aku pun bengang aa,aku dok mintak gak lar lagi 5 kupang. pastu dia kata takda.aku pun mengamuk lar. memang orang kat situ pun cam tengok ja [aku tak tengok tapi aku rasa cam ada orang tengok]. dia kata kat aku dia takda duit kecik.aku pun kejan la,kalu takder,bagi balik duit rm2 tu,saya tak jadi kasi la.pastu..dia bawak keluar 2 kupang.. ada plak duit,yang ang tadik tipu aku tadak duit tu pesaipa? aku ni dari nak bagi ikhlas ati terus tak jadi ikhlas. ko dah mintak duit tu pun dah tak betul,pastu bila orang dah nak kasik,ang pi tipu orang plak. sapa tak marah camtu. apa MBAS buat dengan orang2 ni? bayangkan la tetiap ari diorang p kutip camtu,kaya duh. aku pun nak kerja camtu sbelum fly..huhu

tu satu..yang lagi satu ni ; korang tahu tak yg MBAS berhutang banyak gile? siap kuar dalam suratkhabar lagik. kalu nak berhutang tu tak kisah la,tapi ni,malam2,diorang buat giliran lampu jalan plak. memang alorstar gelap gelita,sesetengah tempat ja yang ada lampu jalan. ada orang kata, mbas buat camtu sebab nak saving bayar duit eletrik [aku tatau la betoi ka tak]. tapi aku nak komen berdasarkan BETUL kenyataan tu. tolongla jangan buat macamtu, susah orang oi. bahaya plak tu. orang kat alostar ni banyak guna motor. bila jalan gelap,memang senang nak accident la kalu jalan gelap.minggu lepas plak,depan umah aku, ada budak pempuan kena samun. time tu aku tengah tengok tv,dok dengar orang menjerit. p la tengok..pastu tengok budak pempuan tu dah menangih. ramai la orang turun p tengok dia,rupanya penyamun tu kuarkan pisau. huhu. budak pempuan tu tengah tunggu bas dekat bustop tu. bukan pa,dekat bustop tu gelap gelita sebab lampu tak pasang. cemana ni?  nak saving nak bayar utang pun,pikir pikir la keselamatan penduduk. nanti orang lari dari alorstar ..susah kot lain plak

ni lagi satu. dekat starwalk. dulu aku tengok takder la kronik sangat orang lepak kat situ. tapi skrang ni,bertambah kronik. bukan lepak dekat gerai tu tapi lepak menyendeng dekat tepi starwalk tu. semalam ja,aku parking kat situ,betapa ramainya orang lepak kat situ. dah la yang lepak kat situ pun ~ehem~. pastu,time aku sampai,siap ada gaduh2 lagik.huhu… aku tengok alorstar ni cam dah nak jadik sungai petani 2nd plak.

dah dah..banyak negatif lar..aku nak tulih pun tak seronot. sakit ati tu ada,aku tulih ni pun nak bagi orang tahu keadaan yang sebenarnya. geram. cemana nak hidup dengan aman?

finale sheila on 7 di bukit jalil

Sunday, August 20th, 2006

semalam finale tour s07 di malaysia di buat di stadium nasional bukit jalil. aku rasa semalam adalah yang terhebat pernah so7 adakan di malaysia. lepas tu aku dapat backstage pass after konser (thanx to jiggywawa), dapat gak aku pi cubit pipi aishameglio, anak perempuan duta.time tu duta tengah dukung dia, kecian dia,cam penat nak tido. nasib baik bapak dia dukung~ thanx to nab n d gank, enjoy aa lepak dengan korang. sheilagank sejati selamalamanya walaupun dah muncul peterpan,ungu n others…

birmingham tunggu aku…

Thursday, August 17th, 2006

semalam result keluar, aku lepas cutoff point tapi tak cukup skit nak masuk birmingham. risau gak.. tapi tadi aku check, birm accept aku! birmingham…!!! tunggu aku!!

kan aku dah kata…

Tuesday, August 15th, 2006

Dn_01_bigdah baca utusan hari ni? muka depan lagi berita tu. tajuknya kenapa saya berucap dalam bahasa inggeris. aiyoyo,aku tatau la aku ni tera english or tak tapi berdasarkan berita tu, ‘‘I sound like stupid if I speak in Malay.’’ (Saya rasa seperti orang bodoh kalau saya bercakap dalam bahasa Melayu), betul ke kalu translate english ke bm jadik camtu. bukan ke, ‘kantoi saya ni bodoh bm,  kalu saya cakap bm’, tu apa yg aku faham la. payah betul gak masyarakat ni, kononnya ramai orang melayu yang menonton merasa tersinggung. betul ka? tetapi apabila mengeluarkan fakta yang sesebuah filem itu pencemar budaya pulak bagaimana?

again, biasala menteri yang aku penah sok sek dalam entry aku kontroversi patung kucing, melatah lagi orang tua tu. terkilan? kenapa bila orang guna bahasa rojak kat ffm tu ko tak terkilan? kenapa bila rojak digunakan dalam mahkamah ko tak terkilan? ini,kerana seorang budak mentah berusia 20tahun yang speaking,ko lahirkan rasa terkilan di muka depan suratkhabar plak. pening la aku dengan ko. aku rasa kita patut tukar orang la,janganlah ko buat ‘bunga’ KekWa tu jadik camtu,tak bekembang la.. menguncup lagik. takat tiap2 hari nak terasa ni,terasa tu,takyah la. pastu gitau kat press,saya dah hantar orang untuk menyiasat/mengkaji hal demikian. waduh,senangnya kerja.

p/s : macam ramai tak interested dengan hal2 gubra ni? tak kisahlah,asalkan aku dapat luahkan apa yg aku rasa dalam blog aku. gambar amani diimport dari sumber : utusan.com.my

cerita festival filem

Sunday, August 13th, 2006

‘jika orang kata filem mencemar budaya,mari kita buat banyak lagi - sharifah amani’. dipetik dari ucapan amani setelah memenangi pelakon wanita terbaik di ffm19. hah! dengar tu orang yang dulu pandai2 ja nak label filem orang lain sebagai pencemar budaya. anda sendiri la yang mencemar budaya bila melabel/mengutuk filem orang ‘pencemar budaya’. naper? korang nak buat kontroversi jugak ke ucapan amani tu? takyah la, takkan korang nak kata amani biadap bila cakap camtu kat atas pentas..tapi pikir balik,anda sendiri penah kata ‘cemar budaya’ semua tu. bagus amani,pedas!!

yang best jugak. ’siapa kata orang gemuk takleh menang? takyah pun popular!!-adflin shauki’. dalam pencalonan tu,memang ko agak layak untuk memenangi dat award, daripada seseorang tu yang hanya POPULAR ja.betul2..takyah la popular2 nih,yg penting terbaik. nampak sangat tadi perbezaan antara kategori terbaik dan popular. cuba letak pelakon terbaik dan pelakon popular sebelah2. afdlin dan adam, jauh beza!

poster terbaik menang kat gubra! aku memang suka poster tu,memang nampak keGUBRAan dalam muka amani dalam poster tu (omg,too much bout amani plak..tak obses ok).

kita tunggu keesokan hari… dan seminggu lagi… apakah akan ada ‘kata2′ belakang tentang kemenangan gubra? tunggu…

p/s: vcd gubra dah kuar,esok nak gi rembat satu! mukhsin akan keluar,filem terbaik tahun depan mukhsin plak kot

GUBRA FILEM TERBAIK!

Sunday, August 13th, 2006

beberapa minit yang lepas, gubra telah diumumkan sebagai filem terbaik festival filem malaysia ke 19. gubra juga telah memenangi dalam pelakon wanita terbaik, sharifah amani dan poster terbaik. tahniah!

p/s: tak dapat disangkal lagik

kontroversi patung kucing

Sunday, August 6th, 2006

kecoh2 kementerian pasal kucing2 yang terlepas masuk ke pantai buatan di subang malaysia. kucing tu terlepas masuk tak kisah tapi kucing2 tu punya pakaian yang menjadi isu plak (aik,kucing pakai baju jadik isu?). kucing2 yang aku maksudkan ialah the pussycat dolls. 26hb lepas, pcd datang malaysia bersempena world tour diorang. nasib baiklah 26hb tu aku kena btn,kalu tak aku sure ada kat sana bekejar ke sana sini mengejar kucing2 tu..hehe. tai tengok melodi,menteri sorang tu yang bertanggungjawab,janganlah dok buat2 marah dan geram dengan peristiwa yang menimpa. nampak menjengkelkan bila anda berkata2 seperti menyalahkan penganjur dan kucing2 tu dan bukannya diri anda sendiri. apa kerja anda di kementerian? sebelum sesebuah konsert tu diadakan, ia akan diluluskan oleh kementerian anda kan? tapi cemana anda sendiri boleh meluluskan konsert pcd, itula..kalu nak buat keje,korang kena ada staff yang mengadap mtv n channel [v] 24 jam then kena gak la ada staff yang tera bab2 hiburan ni. takkanlah menteri tu sendiri tak pernah tengok vc kucing2 tu..dont cha,beep dan yg terkini buttons! (a’a kot,dia tak pernah tengok kot, kalut buat ‘kerja’ lain). benda dah lepas pun,malaysian teenagers and adults already ‘enjoy’ it.. buat ape nak heboh2. sudahlah… dari dulu lagi dah nampak anda tu tak sesuai menjadi menteri kebudayaan dan kesenian dan warisan, poyo tul.

p/s : lain kali buat camtu lagi so bertambah banyak konsert best2 akan diadakan..yehaa!! inxs n s07 diz ogos

mukhsin dan cerita filem

Saturday, August 5th, 2006

dah lama aku tak sentuh bab filem dan dah lama jugak aku tak buka yasmin ahmad punya blog sebab dia pun jarang update skrang. tapi disebabkan skarang tengah hangat heboh pasal festival filem malaysia yg ke 19,aku terus je check blog yasmin tapi takder baru,it juz dia poster filem tebaru dia, MUKHSIN dah siap dan  aku plak tatau bila nak release filem tu,harap2 awal2kan la supaya aku leh tengok. dan bercakap tentang filem dan yasmin,apa jangkaan kita kepada GUBRA? setelah kontroversi SEPET pada ffm yang lepas,aku tak rasa orang yang dapat menilai gubra sebagai pemenang akan memilih gubra sebagai filem terbaik,mungkin mengelakkan berlakunya kontroversi sekali lagi,tapi kalau dilihat dari dalam list filem yang bertanding, adakah remp-it boleh jadi filem terbaik? fikir2kanlah… walhal sekarang, event organiser untuk ffm pun ialah DAVIDTEO (tauke metrowealth pictures), tak rasa pelikkah bila banyak filemnya dihantar untun bertanding,dia turut juga menjadi event organiser. kalu korang jadik tuan rumah kan, korang mesti bagi yang ‘terbaik’ dekat tuannya dulu kan? haiyaa…tak start lagi pun dah kontoversi. tunggu je la 8ogos ni bila senarai pendek nominasi akan diumumkan dan tunggulah keputusannya pada 13ogos nanti. aku harapakan GUBRA akan menjadi filem terbaik!

p/s: nak tengok poster MUKHSIN? gi je dekat blog yasmin

skolah feymes hari ini; bukan ksah

Thursday, August 3rd, 2006

8999202615757lkolej aku dulu (skolah menengah gak tapi dah nama kolej sultan abdul hamid kena la panggey kolej) bersusah payah jugak la nak feymeskan skolah kitorang walaupun kolej kami telah mengeluarkan 2 perdana menteri dari 5 perdana menteri malaysia. aku ingat sampai ada pengetua abaikan akademik sbb fokus sangat kat bidang yang lagi satu tu..kalu menang, nama skolah leh feymes (kononnya), sedangkan…lepas tu skolah kitorang feymes sbb prestasi akademik yang jatuh merudum. bangga tak kalu time keluar result spm/pmr, nama skolah korang ada dalam senarai top10 negeri atau negara? setiap kali ada result kuar,aku tercari2 dan terharap2 gak la ksah nak terpampang dalam suratkhabar w’pun kecil je font yg suratkhabar tu guna.

tapi hari ini, ada skolah yang berjiran dengan skolah aku,senang2 jer kuar suratkhabar dan juga dalam berita semalam… baca artikel ini : Pelajar cedera dibelasah sekumpulan pelajar senior.  ehem, nanti aku plak yang kena blasah dengan diorang, takpun kena ‘angkat’ sebab menfeymeskan lagi skolah diorang. kepada pengetua yang gila feymes, cuba masukkan kokurikulum baru ni, ala, gi je dekat depan tu pi minta silibus, mesti diorang kasi f.o.c

p/s : kepada kawan aku yg bapanya cikgu di situ, ang p la korek2 crita ‘benar’ dari bapak ang, nanti ang crita la balik kat aku…saja nak tau crita betul