Archive for July, 2006

btn kali kedua : review

Monday, July 31st, 2006

dalam perjalanan ke ulu kenas 26hb yang lepas,aku pikir panjang, ‘dengan grup mane aku join btn nanti?’, ‘kumpulan orang2 tua yang nak sambung master ke?’…semuanya benda yang bukan2 aku pikir. perjalanan ke kem bina negara ulu kenas mengimbau memori sebulan lepas, terpandang juga wad lelaki kuala kangsar yang berada di tingkat paling atas,seperti puncak yang tertinggi di bandar kuala kangsar itu.sudah2,takmo la jejak kaki lagi ke situ selain melawat orang lain dan bukan aku yang menghuninya untuk kali ke-2. sampai je dekat sana,aku nampak la grup yang lebih kurang sebaya aku je,tarik nafas panjang…lega!!! tapi aku takut gak terasing sebab diorang semua maybe datang dari satu kolej,dah kenal lama sesama diorang. kalu nak ‘klik’ dengan diorang susah skit kot…

seperti biasa,pendaftaran dan dapat asrama.kali ni aku duduk di asrama merbau A,sama ja,takda beza pun. time tengah kemas bag, ada sorang budak tegur, ‘G-2-G, USU, Trisakti?’, seperti memberi aku tiga jawapan objektif dan memerlukan jawapan dari senarai yang diberikan. aku dengan muka blur seratus peratus, errr..apebende?’. aku tatau nak pilih ape. lepas diterangkan,rupanya tu antara program2 yang ada untuk menghantar pelajar lepasan matrikulasi ke indonesia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. aku bangga plak jawab, ALED!!! (gelak besar,tahu ker diorang aled tu ape). then aku citer la,aku bukan budak program diorang,aku budak a-level. cenggitu la perbualan awal aku. lepas tu baru la aku dapat tahu, diorang semua baru lepas matrik,alamak! maksudnya..akulah yang paling tua sbb diorang budak baru lepas matrik ni gank2 spm 2004. ceh,takut nak gi kem dengan orang tua,last2 aku yang paling tua.ala..tak tua sangat la,sebaya ja lebey kurang. diorang n semua kelam kabut gak datang btn ni sebab 3hb ni paling awal yang akan fly.diorang pun dok blur2 lagi dengan universiti2 diorang kat sana. indonesia? meh2,aku nak ikut gak,leh pi gig2 setiap weekend (rosak aku belajar kat sana).

aku ada la gitau kat 2-3 orang gank yang sembang2 dengan aku kat dorm yang aku ni repeat btn,aku tak gitau pun sebab apa then diorang semua tertanya2 gak la, nape aku kena repeat. ada yang cakap aku gaduh la sebab parut kat muka aku ni jelas lagi, lawak tul. aku pun kaver ja gitau aku rempit (poyo kan).

bayangkan seramai 106 peserta, 105 adalah bakal doktor dan 1 orang bakal cikgu. istimewa tak? last2 kantoi gak, mau taknyer, en afendy, ketua fa-c bulan lepas pi habaq time taklimat ada sorang tu repeat sebab kena masuk wad,kena denggi.hehe..rempit la sangat. tapi nasib la dia tak tunjuk aku direct,kalu tak satu dewan tau. yang 3-4 orang yang tertanya2 tu tau la,kantoi!

pasal isi2 dalam btn,aku tak berapa nak puas hati sangat,tapi time sesi soaljawab dalam ldk semua, ayat2 aku kebanyakan pura2 kononnya aku puas hati. bukan nak belagak sombong tapi aku macam dah hafal dah sejarah2 n politik dalam negara ni time aku dok pulun study kuiz perdana masa wakil kedah tahun 2002 dulu,sekadar mengingati balik je fakta2 yang aku hafai dulu. aku nak yang lebih mendalam, cerita yang benar!! sedalam2nya. mesti salah aku jugak sebab aku tak tanya tapi kalu aku bertanya,masa 2 jam untuk setiap sesi ldk mesti tak cukup sbb dah ada objektif mereka.mungkin aku perlu pergi kbn lanjutan (takmau dah kot).

pasal kengkawan, serius seronok jumpa diorang. kalu grup aku,grup 7 dari 10 grup, diorang semua tahu habis citer2 repeat aku n citer masuk wad aku sbb aku kena cerita kat diorang. timer kasih dekat 2 fa-c kitorang,en hamdan dan pak tam. diorang banyak tahu benda2 dalaman politik ni tapi aku tak sempat nak tanya. gank2 lepak aku selain ldk, aiman x kisah n eman penghulu, mansor (timb penghulu),amet, bobo, upa dan lain2 lagi, teruskan panggey aku ‘taiko’ (nick aku kat sana),kui3. kesian aa kat korang,klam kabut nak siap diri nak fly, lusa je korang dah nak fly. disebabkan aku,eman n amet balik dengan bapak amet,kitorang sempat la mandi manda di air terjun dekat belakang kem tu,budak2 lain takleh sbb nak kena tunggu bas,hehe,jelez diorang.

akhir sekali,memang patut la kerajaan wujudkan polisi kena gi btn sbelum fly, memang ada bagus gak benda ni. semoga aku dan rakan2 lain dapat menjaga amanah yang diberi oleh rakyat kepada kami

note pendek preview btn

Sunday, July 30th, 2006

penat lagi nak citer btn.tapi yang penting,alhamdulillah aku berjaya tamatkan btn!!!

p/s : kepada rakan2 btn sekelian yang kelamkabut packin gi indonesia 3hb ni, selamat berpacking dan selamat berangkat!!!!

esok untuk btn kedua kali

Tuesday, July 25th, 2006

wah,macam tajuk filem generasi terbaru plak. takder la,ari ni aku kuar alorstar buat pertama kalinya dalam seminggu kot..ada banyak nak citer gak dalam blog tapi dah penat n nak tido sebab esok aku nak gi btn untuk kali yang kedua di tempat yang sama,ulu kenas kuala kangsar. sunyi la blog aku untuk  5hari (hehe,padahal tak gi btn pun aku ada gak sunyi 5 hari sbb malas nak update). ‘bersiaplah…bersiaplah…menerima segala macam bahan yang aku kadangkala takut’; P O L I T I K

hak untuk bersuara…

Monday, July 24th, 2006

Liberty_waits macam serius je tajuk tu. rasanya betul la kot ditranslatekan dari ‘free speech online’. kalu korang perasan,blog yang ditulis ayat2nya dilapik dengan penuh kesopanan mengikut aturcara ketimuran itu sendiri.tidaklah sampai bahasa yang penuh mendayu seiringan dengan bunga2 bahasa, cukup sekadar seperti cakap2 biasa seharian seperti orang kita. kadang2 takut juga untuk menulis tentang ketidakpuasan kita terhadap sesuatu yang menimpa kita di dalam blog kerana takut mencerobohi privasi seseorang itu. tapi yang diuarkan2 sekarang ialah ‘Help Us Protect Free Speech Online’.antaranya ialah;

You Have the Right to Blog Anonymously. EFF has fought for your right to speak anonymously on the Internet, establishing legal protections in several states and federal jurisdictions, and developing technologies to help you protect you identity. EFF can continue to defend this right, conducting impact litigation to establish strict standards to unmask an anonymous critic in more jurisdictions.

kekadang benda ini bagus jika bloggers2 sekelian sendiri mensapot kempen ini tetapi adakalanya, ada jugak bloggers yang melampaui batasnya (yang kadangnya jarang dijumpai).kita sebagai bloggers cubalah pikir apa yang patut dan tak patut ditulis dalam blog anda sekelian. jagalah hak dan privasi orang lain…

maklumat lanjut tentang kempen ini di http://www.eff.org/bloggers/

bloggers sekelain,teruskanlah bercerita kerana dunia ini penuh dengan cerita indah dan gelap untuk dikongsi

privasi yang kurang difahami

Sunday, July 23rd, 2006

apa itu privasi? perkataan melayu pri-ver-si itu sendiri diambil dari perkataan inggeris ‘privacy’. (taktahu la kalu yang inggeris tu pun cedok dari bahasa lain). terpanggil untuk menulis tentang privasi kerana di episdod g&g sebentar tadi, seseorang telah dilanggar privasinya dengan sesorang telah mengibkan dirinya di depan khalayak yang mengenalinya ~(la..pasal gol n gincu lagi ker). aku tak dibayar pun oleh 8tv nak promote2 siri drama ni, tapi benar, gol n gincu banyak mengungkit permasalahan remaja malaysia sekrang terutamanya berdepan dengan masyarakat sebaya,tua dan muda. yang paling susah adalah untuk berdepan dengan rakan sebaya (sebaya tu dalam lingkungan 2-3 tahun beza umur). sukakah kita bila kita dapan mengaibkan orang lain? banggakah kita apabila kita dapat tahu dan dapat heboh tentang keburukan orang lain? sedih, kerana itulah yang selalu dicari2 oleh masyarakat kita. teringin nak tahu,pulun habis nak pi korek rahsia2 buruk orang. tapi itulah naluri manusia yang boleh dikatakan ‘normal’. aku dah mula merapu. takyah nak pusing2 lagi, terus ke topik; ntah..aku sendiri dah lupa apa yang aku nak ceritakan tentang privasi ini. tapi apa yang penting,jagalah privasi diri kita dan juga privasi orang lain.

ada idea apa itu privasi?

p/s : di atas permintaan sheikh cattivo, strikethrough untuk artikel di atas di buang supaya senang dibaca walaupun sebenarnya aku rasa artikel kat atas tu luahan yang menunjukkan kependekan minda

Xplore hacc 2005 ; citer lamer la!

Thursday, July 20th, 2006

eh,ape kena XploreHACC 2005 plak ni? tu bukan tahun lepas ker? takder2,bukan nak ngungkit citer lama pun. sebenarnya sangat gumbira kerana projek XploreHACC 2005 dinobatkan sebagai PROJEK TERBAIK Hari Kualiti INTEC baru2 ni, 13hb di dewan intec. pengarah projeknya ialah tag (aliph) dan charpal (nabil,betul ker nama betul dia nih), ehem,penasihat projeknya ialah : sape lagi kalu bukan si kocek.takbest la nak citer balik kepada korang yang taktahu pasal projek ni, gi jer baca entry aku time ogos tahun lepas bout XploreHACC 2005

drama di hari anugerah :

MC : "diumukan pemenang projek terbaik tahun ini, XXXXPLOOODDE HAKK!!!!"

taggep dan chappol ketika itu terkejut kerana tidak menyangka projek itu akan memenangi anugerah yang paling dinanti2kan setiap tahun oleh pelajar intec.mereka berdua terus berlari keatas pentas dan mengambil award dari dr.bob.

MC : "silakan beri sepatah dua kata ucapan"

taggep & chappol : "Terima Kaseeeh!!!

taggep : "bersusah payah saya menyempurnakan projek ini sampai nangis2 di dalam kelas sebab kena marah dengan t.n.c..sedey tapi saya bangga akhirnya titik peluh dan air mata saya terjawab"

chappol : "saya pun yang pada mulanya tidak suka apabila ditukar projek di saat akhir..saya teruja dengan projek bukit dan kurang excited dengan projek ini,tapi setelah diberi tanggungjawab,saya pikulnya jugak dengan sepenuh hati…terima ka………."

entah dari mana tetiba hologram besar muncul di tengah2 dewan memancarkan raut muka seseorang yang dikenali mereka…

kopocek : "tak lupa jugak kepada penasihat projek yang memberi idea kreatif format2 XplodHAKK..sedikit sebanyak sangat membantu PD membuat ker….."

tiba-tiba….hologram kocek dihempap dan dipenyek hologram yang disend khas dari hoboken new york…

"oit,aku dulu tau yang bagi idea dalam meeting hicom suruh buat benda tuhh…. err..assalamualaikum semua,saya mengucapkan terima kasih kepada rakan2 ….bla bla bla", kata ghusmad

(cerita ini adalah rekaan berdasarkan pengalaman,tidak berniat menyakiti hati sesiapa,hanya mengimbau kembali kenangan2 yang lama,harap dimaafkan)

p/s : jangan marah sekelian..gurau2. yang tak faham drama ni,enjoy it as ‘drama bosan minggu ini’

jerangkung dalam almari

Sunday, July 9th, 2006

chup sebentar!! drama bersiri aku baru sampai 26hb,tak habis lagi tapi aku nak selit sekejap iklan untuk ari ini, ‘ jerangkung dalam almari’. ini adalah tajuk untuk episod 6 gol n gincu the series yang baru je aku lepas nonton tadi. episod yang sangat menarik bagi aku, tajuknya yang penuh tersirat ‘jerangkung dalam almari’. ape maksudnya? maksudnya RAHSIA seseorang. rahsia itu adalah jerangkung yang berada di dalam almari.

ada banyak citer pasal reza n putri,ikan dan zie dan lain2 plot tapi yang aku ingin kupaskan ari ni ialah antara putri,wawa,zie dan sasha dan tidak ketinggalan jugak,ali. cerita bermula di kampus apabila sekotak cerita sensasi berbentuk flyers diletakkan di tepi tangga. tujuannya adalah untuk membongkar rahsia seorang mahasiswi di kampus itu. volume 1 hanyalah pengenalan dan volume 2 pada keesokan harinya adalah kesinambungannya. di volume 2 la tersemburnya kemarahan apabila volume 2 itu seperti menyebarkan cerita bahawa wujudnya pasangan lesbian di kampus itu. sasha dan zie yang sememangnya berkawan rapat terus terasa dialah orang yang ditujukan di dalam cerita sebaran itu. sasha dan zie bergaduh tapi zie yang matang menenangkan sasha dengan berkata ”benda tak betul,lama2 hilang la citer gosip tu”.  wawa sebagai seorang yang bertudung cuba menjadi moral guardian untuk pasukan ballbusters,dia menjadi wakil ballbusters berbincang dengan sasha untuk menyingkirkan sasha dari ballbusters,dah la sasha yang tubuhkan pastu nak kena tendang disebabkan fitnah tu, kesian sasha.memang sasha ditendang pun. putri sebagai seorang rakan kampus ingin mengetahui angkara siapakah dajal jahat ini. putri meminta bantuan profesor untuk menyaksikan rakaman cctv siapakah yang cuba melakukan dajal ini. setelah ditonton cctv,rupanya itu adalah angkara wawa. wawa yang menyebarkan flyers fitnah tu. nak dijadikan cerita plak,yang jahat selalu akan kena balik,pada malam wawa meletakkan volume 4, wawa dengan ali telah melakukan maksiat di dalam salah satu bilik di kampus,ini terbukti apabila rakaman cctv jelas menunjukkan kegiatan wawa dan ali sejurus selepas wawa meletakkan volume 4 tu. akhirnya wawa telah ditangkap dan dibuang universiti. moral of the story, janganlah kita memfitnah orang dan janganlah kita cuba untuk menjadi moral guardian orang lain. bila orang lain buat salah,cubalah jangan mengaibkan orang tu dan jika perlu,dengarlah kedua-dua belah pihak supaya mendapat penjelasan yang sebenar. tuduhan atau fitnah yang sehingga boleh menjejaskan perhubungan yang baik sangatlah dipandang hina…(terguna ayat skema la plak). kesimpulannya, janganlah fitnah orang lain dan gitau kepada orang ramai tentang fitnah itu sehingga orang yang difitnah mengalami tekanan emosi. janganlah menjadi seorang yang busybody dan pendengki. banyak lagi la kalu nak cakap… aku berdoa,jauhkanlah aku dari segala fitnah dan memfitnah orang lain. amin!

gol n gincu the series, keep up the gud work!

ubi ketok titik permulaan keruduman

Sunday, July 9th, 2006

26hb,aku sekali lagi keluar kl,jejalan dan lepak2,main roller coaster semua dan buat pertama kali nya aku makan dekat laksa shack n aku baru tahu betapa sedapnya laksa dekat laksa shack tu. aku makan bali laksa (pengaruh budaya indonesia plak sedangkan ada bnyak lagi jenis macam asam laksa,laksa sarawak,johor n etc).setelah habis penat berjalan,aku pun onthe way pulang. masa di stesen putra pasar seni,aku nampak orang yang buka gerai kat bawah railway putra tu jual ubi ketuk (sejenis makanan yang aku baru kenal),ubi tu dalam bentuk bebola dan  digoreng shingga kuning keemasan.sbb aku yang macam teringin nak makan benda2 eksotik dan baru kenal ni,aku pun beli la ubi ketok tu rm1. aku tak tepikir pun kebersihan makanan yang dijual tu. aku tak makan lagi ubi tu sehinggalah semasa menunggu komuter ke shah alam,aku baru menjamah ubi tu, agak sejuk dan kurang sedap… maka,berikutan dengan hari 26hb,aku pun mengandaikan ubi ketuk ni la penyebab untuk hari2 yang tak best bermula pada 27hb….hari keruduman

bersambung pada 27hb…

ungu di planet

Sunday, July 9th, 2006

25hb memang tarikh yang aku sendiri tak sabar tunggu masa time tengah lagi exam. seminggu sebelum tu aku dapat tahu yang ungu akan datang mengadakan showcase di m’sia. aku sendiri tak pernah nak meminati ungu secara mendalam tapi setelah menghadiri konsert pesta malam indonesia (korang leh refer entry blog aku bulan april tentang pmi ni). aku memang kagum la dengan ke’enegertic’kan ungu mase but konsert tu. muzik2 dia pun agak fast and hard, memang sesuai untuk release tensen lepas study. mesti ada yang tak setuju bila aku kata muzik ungu hard and fast sebab ungu feymes dekat m’sia dengan single terbaru diorang dari 3rd album bertajuk ‘demi waktu’. lagu demi waktu tu memang la melankolik dan mendayu tapi kalu korang betul2 dengar 1st and 2nd album diorang,ungu memang hard. album ketiga ni macam nak menuntut pasaran sekarang yang nakkan lagu yang agak sedikit melankolik. nasib baik ungu tidak berapa tunduk dengan pasaran muzik skrang kerana walaupun album ketiga mereka agak slow,tapi yang lagu hard and fast masih terisi di dalam album ke3 mereka. dipendekkan cerita,setelah aku mendapatkan tiket untuk showcase ungu di planet hollywood,aku pun pergila bukit bintang, di mana terletaknya planet hollywood. showcasenya bermula pukul 3petang. aku sampai kul 1+ n tengok orang tak ramai lagi yang beratur.so aku amik la keputusan nak solat dulu. dalam planet ada surau? jangan harapla. aku pun pergila piccolo galleria di sebelah planet tu,tanya la dekat makcik cleaner, ‘di mana surau?’. mackik tu pun gitau la surau dekat atas sekali. aku pun pergi la ke atas tapi tercari2 dimana la surau tu,taknampak pun papan tandanya. rupanya dalam piccolo galleria tu memang takder surau,macik tu yang buat kedai kosong dekat atas sebagai surau. aku macam terpikir jugak la,’aku dekat mana skrang ni?’. sepatutnya jkr hendaklah mewajibkan setiap bangunan di m’sia mempunyai sekurang2 satu surau sebagai kemudahan awam.kalu pikirkan balik,dekat jalan bukit bintang tu,takder satu pun kompleks membeli-belah yang ada surau. yang terdekat pun sg wang plaza dan berjaya times square. aku tak fly lagipun ke uk,tapi dah rasa macam terasing di bumi sendiri plak (sensitip tak isu ni?)

berbalik kepada ungu, lebey kurang kul 3,kitorang dibenarkan masuk ke dalam planet, kata kul 3 start tapi kul 3 baru leh masuk. lebey kurang setengah jam menunggu,ungu pun muncul. sebelum tu,aku gumbira kerana orang tak berapa ramai. aku yang berada di barisan belakang sekali pun terasa macam berada di depan. memang takyah la himpit macam peterpan dulu. serius aku suka bila orang tak ramai,memang interaksi antara pasha(si vokalis) dengan para hadirin macam sembang2 dengan kawan la. tapi tak bermakna ungu tak diminati ramai, mungkin terlalu awal bagi peminat m’sia. mereka memang sudah karen bangat di indonesia. ungu memulakan persembahan dengan ‘kerana dia kamu’,lagu favorit aku. lagu ni la yang buat aku tetarik dengan muzik ungu. persembahan berterusan selama sejam lebey dan tamat…. kebanyakan lagu adalah dari album ke3. cuma lagu ‘kerana dia kamu’, ‘bayang semu’ dan lagi satu yang aku tak ingat bukan dari 3rd album. keseluruhan showcase ungu di planet : boleh tahan la!!! memang best. tapi rasanya agak sukar lagi bagi diorang nak buat konsert solo di sini. kena pasarkan dulu album 1 n 2nd,baru banyak peminat dan banyak lagu peminat tahu,takleh nak harapkan 3rd album ja.

itulah kerja aku pada 25hb,pergi showcase ungu di planet…. keeesokannnya,bersambung di entry seterusnya

kepayahan mencari hadiah

Sunday, July 9th, 2006

untuk mencari hadiah untuk sesorang adalah benda yang aku rasa sangat sukar. hadiahkan ini,takut tak kena di hati,hadiahkan yang itu,diri sendiri pulak tak mampu,tapi dalam masa yang sama,teringin melihat si penerima hadiah gembira apabila mendapat tahu apa yang mereka dapat dan menghargainya sepenuh jiwa raga.

itulah yang berlaku pada hari 24hb, setelah tidur hanya 4-5 jam (setelah sampai dari keseronokan cinelesiure),aku terpaksa bangunkan diri dan bersiap untuk ke midvalley. bukan terpaksa tapi memang memaksa diri sebab dah janji dengan kakak aku nak carikan hadiah untuk father’s day dan mother’s day yang dah lepas dekat sebulan lebey dah pun. ini sebab aku yang sangat busy pada bulan mei dan jun yang lepas kerana a-level.bagi kitorang dua beradik, di midvalley agak banyak pilihan dan barang2 terdiri dari pelbagai jenis. terima kasih banyak kepada kakak aku yang belanja makan tengahari sempena harijadi aku yang baru je lepas. makan bila orang belanja sangatlah sedap dan best,hihi.  lepas jer lunch,kami berdua pun terus la menjalankan misi mencari hadiah. dulu2 kami berdua agak jarang nak bagi hadiah dekat parents tapi setelah kakak aku dah bekerja dan aku dah dapat duit biasiswa sendiri,tergerak hati untuk menghiburkan hati ibu bapa sekali sekala. dah dekat 3-4 kali round midvalley tu, kitorang pun jumpa la hadiah yang sesuai. kakak aku hanya beli hadiah untuk father’s day sbb mother’s day nye present dia dah kasi. aku jer yang tak kasik lagi untuk dua-dua.atas pemikiran kreatif aku (kreatif kerana kurang bajet),aku pun terpikir untuk menggabungkan hadiah untuk father’s day dan mother’s day. aku membeli peralatan eletrik yang mana kedua ibu bapa aku sangat suka tapi tak pernah ada benda ni. kira hadiah tu memang sesuai la untuk mereka berdua. lepas beli hadiah tu,kami berdua baru tepikir cemana nak balut hadiah2 tu nanti. aku yang terperasan dekat kaunter informasi midvalley ada balutan hadiah terusla bertanya, ada servis balut hadiah ker? awal2 aku tanya berapa harganya,rupa2nya foc. midvalley memang menawarkan servis balut hadiah secara percuma. senang kerja,takyah la mengherot2kan tangan nak membalut2 ni,serius aku tak pandai. lain kali kalau shoping dekat midvalley dan barang yang beli tu untuk diri sendiri,aku macam nak jer pegi jugak suruh dia balut. konon2nya bila kita balik nanti terasa macam buka hadiah, krismas2!! haha..almaklumla benda free. sepanjang aku cerita ni,macam takder je kepayahan kan. aku tak reti la nak citer tapi memang payah la nak pikir ape benda yang patut di beli. mesti korang penah mengalami situasi sebegini kan? citer skit pengalaman korang bab2 hadiah ni… tamatlah misi aku pada 24hb