Archive for June, 2006

gumbira hatiku dapatin cd 507

Sunday, June 25th, 2006

hari ni gue gembira kerana dapat cd 507 yang diimport dari indonesia. terima kasih kepada shida dan sheilangak yang lain kerana tolong belikan kat aku. eksklusif la album tu. aku taktau la tapi album tu macam sebuah kalendar dan setiap lirik ada gambar2 personil s07. lirik pun dicetak dengan besar2,tak macam cd dulu2,kecik gila nak baca. ker konsep album camni dah lama buat kat indon,cuma m’sia je yang tak buat? tapi aku rasa cd siti nurhaliza transkripsi guna konsep ni juga la (aku tak beli cd siti so aku tak tahu,dari luar macam sama la). yang best lagi,siap dapat t-shirt yang kecik comy untuk digantung di kereta (sesuai di kereta la,aku tatau la kat mana lagi tempat yang seswai nak gantun benda tu) nanti la aku tangkap gambar tunjukkan kat korang.. kepada korang yang nak sangat cd 507,sabar ya,nanti awal bulan julai baru dirilis di m’sia,harap2 la. time tu aku dah puas dengar dah pun 507….(dengki*)

lirik terbaru single sheila on 7

Friday, June 23rd, 2006

tajuk single pertama mereka di album 507 ini ialah ‘mantan kekasih’. single ni skrang memang hot di indonesia,no1 dalam semua charts2.

SHEILA ON 7

mantan kekasih… yang hilang datang
ungkapkan besarnya penyesalan
bagaimana dia menghancurkan aku
percayalah kau tak aku sesali

awan hitam menghantui langkahmu
bagaimana mungkin jika itu pilihanmu
disini tak lagi jadi rumahmu

reff:
relakanlah semua…
berakhirlah sudah
dan biarkan bintang
menuntunmu pulang

kau slalu tak bisa punya yang kau inginkan - Mantan Kekasih

cerita yang disimpan

Friday, June 23rd, 2006

benda ni jadi masa aku tengah exam dulu. fyi,kitorang kat intec ni tinggal di kolej cemara (untuk pelajar lelaki) dan jenis accomodation adalah flat. aku bersama 3 orang lagi rakan tinggal di tingkat 1 dan di setiap rumah ada balkoni dan tempat menyidai baju. pada satu hari tu,baju aku dengan kawan aku yang sorang ni disidai di ampaian luar,dan hampir kering jugak la sebab kitorang dah jemur since pagi lagi..

tup tup…aku yang tengah study (study ke?) perasan ada air menitik dekat balkoni tu.aku pelik gak la,ujan ker? sedankan cuaca cerah elok jer.. lar..rupa2nya ada budak tingkat 4 sidai baju yang basah gilebabeng,menitik sampai baju aku yang dah kering pun basah. memang la adat kalu dah tinggal kat tingkat bawah,kalu sidai baju memang kena bahana yang atas tu.tapi berpada2 la skit. ini baju yang budak tu sidai langsung tak perah,yang menitik kalahkan ujan tu. aku yang dengan bengangnya pun mengambil tindakan pantas mengangkat baju2 aku dari sidaian tu. then kitorang plan untuk psiko kan budak atas tu (berani skit sbb budak tingkat atas tu junior lagi).. kitorang pun tulis la note dan sidai di ampaian tu macam ni

Dsc00929

korang boleh baca tak ape yang kitorang tulis? haha…then tak lama selepas itu, kitorang pun mendapat balasan dari budak tu..awal2 ingat sumthin yang dia akan marah tapi rupanya…

Dsc00939

bagus la junior2 intec ni.patutla pun korang diterima masuk intec…haha (gelak jahat). masih lagi orang di malaysia ni boleh bertolak ansur. tapi yang penting,kalau kita hidup berjiran, cubalah hormati jiran kita dan juga berbaik2 dengan jiran kita. kan bagus amalan camtu. tapi maybe budak tu pun tak ada niat nak buat camtu..dia pun stail sidai cepat2 tak tengok bawah langsung. tapi smpai sekarang..aku tak penah kenal sape la budak2 yang tinggal kat atas2 rumah aku <<– haha,jiran yang baik la konon

507

Friday, June 23rd, 2006

507dah terlambat kot nak bagitau kat korang tapi bagi rakyat m’sia,maybe agak baru. album ke 5 sheila on 7 bertajuk 507 dah diriliskan di indonesia pada 5 jun 2006 yang lepas. dekat m’sia? inshaallah pertengahan julai. dengar khabar ada 5 konsert nanti di m’sia pada bulan ogos. tunggu ya!!

merdeka untuk sementara

Friday, June 23rd, 2006

tepat jam 3 tadi,tamatlah paper terakhir aku untuk a-level. paper tadi agak merisaukan (boleh dikatakan semua paper yang diambil merisaukan), tapi benda dah lepas, redha je la dengan result yang akan kuar nanti. habislah segala riwayat hidup aku di intec selama 2 tahun. 12hb nanti majlis graduasi akan berlangsung (bukan graduate pun,juz bagi sijil sbgai tanda kitorang ni penah belajar kat intec ni). aku memang tak sabar nak habis exam tapi sejam lepas habis exam tadi,aku boleh je terus tepikir, ‘bosan giler’… maunye tak,setiap hari lepas je satu paper,terus pikir untuk paper seterusnya..tapi tadi dahtak berpikir untuk paper seterusnya..sbb dah habis. disebabkan terlalu rindu dekat blog aku ni,terus je aku datang cc dan menaip blog entry ni. lama kan aku tak tulis blog. cuma ari tu je aku datang tulis blog sbb nak ucapkan terima kasih kepada kawan2 yang ucap hepi b’day.. aku nak enjoy dulu 3-4 hari ni sbb 28 hb nak kena gi UK dah..haha,bukan united kigndom tapi ulu kenas, pegi kem btn. orang yang dah pernah pergi kata kem btn ni bosan,semuanya tentang politik. bak kata diorang, btn ni nak basuj kepala otak kami ni so that nanti kami sayang kat m’sia n akan balik m’sia lepas je habis belajar kat uk nanti. takder la nak terlekat kat sana. (bercakap tentang study kat uk ni,korang doakan la aku dapat lepas points, so nanti aku dapat fly..result kuar 17hb ogos..bedebar gile.haha,baru je habis exam dah bedebar result). aku dah mula merapu. banyak sangat benda yang aku pikir dalam kepala ni; enjoy,enjoy dan enjoy dan juga kerisauan tentang paper2 yang aku dah amik. tamatkanlah entry ini di sini… aku juz nak informkan yang aku kini kembali!!!! kisah klasik untuk masa depan….bersambung

2 itu hanyalah nombor di depan 0

Thursday, June 15th, 2006

20…3hari lepas,genaplah aku bernafas di bumi ini selama 20tahun. bagiku,ia hanyalah sekadar angka yang tidak bermakna untuk mewakili seseorang manusia. tetapi,aku tetap ingin ngucapkan terima kasih kepada

senduk (yang wish aku awal2 lagi sbb nak tido)

husna yang menjadi konduktor bagi koir suara emas amirah,azyati,aishah,hafizah dan kak umi. marissa,azmira,nab dan adyani. xlupa jugak mark and liew

tisya, fatin ammar,sinnz,kymberly,mimi

my parents,ayong dan adik

terima kasih semua. really,all ur wishes adalah anugerah indah yang pernah aku miliki

yang tak bestnya, kenapa paper mechanics M3 buat time hari jadi aku? huwaaa..paper tough!!

::kepada semua yang memberi hadiah,terima kasih banyak diucapkan::