tragedi di hari pertama alevel
Wednesday, May 17th, 2006mengapa ini yang terjadi? semuanya salah teknologi? aku ini yang teruk kerana menyalahkan orang lain. semuanya silap aku sendiri yang tak faham peraturan,kuang3. pagi tadi, bermulalah exam a-level. bermula dengan paper phy3A/Practical. fyi, untuk paper exam, jamnya 9 hingga 1030 am waktu malaysia. kitorang dikuarantin setengah jam sebelum exam dan 3jam setengah selepas exam. nak dijadikan cerita,sewaktu lecturer kitorang datang time kuarantin sebelum exam, dia minta semua hp kitorang, "you CAN keep your hp in this box and we can keep it for you", kata dr suganthi (take note ayat yang dinyatakan ini). tapi aku yang sangat percayakan backpack aku yang mempunyai poket rahsia. aku lebih percayakan poket kecil ini lebih dari kotak buruk tempat letak hp tu. jadi aku pun amik keputusan untuk simpan di dalam poket rahsia aku.
setelah waktu exam tamat…
aku yang sangat gembira kerana dapat menjawab soalan dengan sempurna (actually gelabah juga, soklan suruh cari centre of mass pembaris panjang,aku pi silap amik pembaris pendek, malu je duh, nasib baik aku sedar awal) terus masuk ke dalam bilik kuarantin merehatkan diri. tup tup! "we need u all to stand up and we all want to do bodycheck if there any hp with you". duh, kenapa nak check plak? memang aku sendiri ada hp dekat tangan aku. nak tak nak,aku dengan 2 orang lagi yang senasib dengan aku, menyerahkan diri. kitorang agak terpinga2 jugak, kenapa kitorang yang salah? ada la sorang lecturer yang pergi amik poster gedabak besar tunjuk sign " hp dekat dalam bulatan yang bergaris macam dalam no smoking nye sign tu la’ suruh kitorang baca. dekat situ tulis la bla bla bla..and ada ayat berbunyi, if u caught with hp, u will be DISQUALIFIED. lebih kurang camtu la ayat dia. tapi yang aku nampak hanya word DISQUALIFIED tu je. gile cuak. lepas tu, lectuter tu bagi la ceramah kat kitorang depan candidate lain. serius aku cuak sampai tak hirau budak2 yang tengok kitorang. dia kata, dia terpaksa tulis report dan kami bertiga akan DISQUALIFIED. ape? takder markah,takder result,tak lepas cut-off point, takleh FLY!!?? tolong!!!!
nak dipendekkan cerita, setelah aku mengexplainkan sejujur2nya, kitorang dilepaskan tanpa sebarang tindakan. lega? tak lega pun. sebab bukan salah aku. aku mana la tahu kuarantin room pun ada undang2 mobile phone. tu la yang aku explain kat dia " i left my hp in my bag, i dun bring into the lab during exam time,after finish exam then i bring out my hp,then u all do body check,then..thats y i have my hp with me’. lagipun, lecturer tu menipu la, mana ada pun poster tu dekat bilik kuarantin.maksudnya aku tak buat silap.tapi aku maybe akan silap jugak sebab aku sendiri tak pernah baca undang2 kuarantin room. aku rasa,kalu aku baca betul2,maybe hp takleh ada kot. takpala,biarkan ia menjadi pengajaran untuk aku dan rakan2 candidate sekelian. time nak exam2 ni, tinggalkanlah hp anda di bilik, fokus kat exam (tapi aku bawa hp tadi sbb aku tahu mak aku nak tepon kul 8 before masuk kuarantin room). takder niat pun nak guna hp nak cheating dalam exam. buang masa la aku study dua tahun kalu time exam aku tipu. birmingham, peluangku masih terbuka, tunggu aku….!!!!!! (baca post sebelum ini)

