autobiografi sebuah speaker
Sunday, April 30th, 2006aku sebuah speaker,dibeli oleh bapa tuan aku pada tahun 1999. lumrah kebanyakan speaker,ianya akan didatangkan secara berkembar,termasuklah aku. kembarku namanya ‘left’ dan nama aku ‘right’. aku seperti abang kepada left kerana di otak aku sahaja boleh mengawal kekuatan kami dan aku jugalah yang menerima ‘makanan’ untuk dikongsi dengan left. tetapi, ada kejadian yang berlaku sehingga aku tidak sedar, ke manakah left menghilang? ianya bermula apabila tuan aku berpindah ke suatu kawasan yang aku sendiri rasa tidak selesa,badanku lebih cepat kotor,habuk-habuk yang lebih kotor berterbangan lalu menghidap aku tanpa belas kasihan.kesibukan tuan menyebabkan aku dibersihkan setahun sekali. aku tiada daya upaya untuk membersihkan diriku sendiri kerana tiada pergerakan dapat dilakukan oleh aku. aku bersyukur kerana dikurniakan hidung yang sangat kuat menapis debu-debu dan habuk dari memasuki jantung aku. berbalik kepada left,tuan aku yang bermurah hati telah meminjamkan aku kepada kawannya. semasa di bawah jagaan kawannya, aku terasa diasak-asak oleh kawan tuanku sehingga… aliran..~sebak, aliran darah yang mengalir ke tubuh left putus! left koma, ia masih hidup tetapi perlukan rawatan. tetapi disebabkan kawan tuanku yang lebih suka menunjukkan sikap endah tak endah,left dibiarkan di bawah katil. aku dikembalikan ke tuan. yang aku tidak faham, kenapa tuan aku dipukau? dia seakan-akan tidak sedar left sudah tiada. adakah kerana aku tidak lagi penting bagi dirinya? dakwaan ku disangkal sama sekali.aku diletakkan lebih dekat dengan tuanku. aku kini bersama seorang lagi manusia di dalam bilik tuanku. aku bangga kerana aku telah menjadi titik toleransi antara tuan aku dan kawannya itu. apatah lagi kawan tuanku itu sering menggunakan aku dengan memberikan aku kerja menggunakan bahasa yang tuanku sendiri tidak faham.
sehinggalah,aku sudah tidak lagi bernafas kerana uratku yang disambung kepada sumber makanan telah reput dan putus,aku tidak lagi berdaya mendapatkan tenaga untuk bekerja. aku dibungkus di dalam keranda plastik dan dibawa entah kemana. setelah keranda ku dibuka,yang aku sendiri bingung, aku gembira! aku kini berada di tempat asal tuanku,aku kini dapat melihat bapa tuanku, aku kini berada di tempat yang sepatutnya aku berada. kini aku mengenang kembali, rakan-rakan aku kini telah digantikan oleh ‘tubuh yang lebih maju’,aku juga mempunyai pesaing yang disambungkan ke tubuh itu dan ianya pelik kerana mempunyai tiga kembar. kini aku berada di tepi meja,menunggu keputusan,adakah aku akan kembali ke tempat berhabuk itu? ke tempat di mana aku menjadi titik toleransi? di tempat aku juga menghadapai risiko diambil oleh kawan tuan aku? yang pasti,aku tahu,aku kini sudah hampir dekat kepada penghujung nyawaku…
kembar tiga yang pelik…
