::SAHCBand State Champion 2005::
Tuesday, July 5th, 2005|
KSAH juara pancaragam |
|
|
ALOR STAR: Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), muncul juara Pertandingan Pancaragam Sekolah Kedah selepas menumbangkan dua pasukan ternama di negeri itu yang pernah memenangi pertandingan peringkat dunia.
Kemenangan itu sekali gus melayakkan KSAH mewakili Kedah ke pertandingan pancaragam peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 18 Julai ini, mengakhiri penantiannya selama 10 tahun. Bagaimanapun kemenangan itu menimbulkan kontroversi kerana dua pasukan yang ditewaskan KSAH, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Asma dan SMK Keat Hwa, pernah mewakili negara dan memenangi pertandingan pancaragam peringkat antarabangsa.
|
|
|
SMK Sultanah Asma yang menduduki tempat kedua dalam pertandingan Rabu lalu, pernah muncul sebagai juara peringkat dunia di Festival International Band Giulia Nova, Itali, pada 2004; juara negeri dan kebangsaan pada 2000 dan 2003, serta juara Pancaragam Terbuka Terengganu pada 1999. SMK Keat Hwa yang menduduki tempat ketiga dalam pertandingan itu pula pernah mendapat tempat ketiga sewaktu mewakili Malaysia dalam pertandingan di Itali pada 2002; juara peringkat negeri dan kebangsaan pada 2001, 2002 dan 2004. Dalam pertandingan yang berakhir dengan keputusan mengejutkan ramai pihak itu juga, pengadil mengumumkan Mohd Faldhi Mohd Rohdzi dari KSAH sebagai drum major terbaik. |
|
|
Pengumuman itu bukan saja mengejutkan ramai penonton, malah tidak dapat diterima anggota pasukan pancaragam SMK Sultanah Asma dan SMK Keat Hwa yang menangis di tengah Stadium Darul Aman, sehingga terpaksa ditenangkan guru dan rakan mereka. Pertandingan itu turut disaksikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah; Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun; Raja Muda, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah; Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah, Datuk Sri Tunku Puteri Intas Shafinaz Sultan Abdul Halim; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Datuk Azimi Daim dan Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Abdul Rahman Yop. Sebanyak 96 pasukan pancaragam sekolah dari seluruh Kedah menyertai pertandingan itu yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu military band, brass band, marching band dan pianica band. Penyelaras pasukan pancaragam KSAH, Sheridean Zakaria, menganggap kemenangan itu sebagai pembuka lembaran baru untuk meneruskan perjuangan menjulang nama KSAH selepas 20 tahun penubuhan pasukan berkenaan. "Kami berpuas hati dengan kemenangan ini kerana persediaan rapi sejak Disember lalu membuahkan hasil seperti diharapkan," katanya.
huh: i hate all da voteband gank yang kutuk2 my school.. wut? kenapa takleh terima kenyataan yang kolej menang, bila dah kalah, tak leh nak terima, then buat fitnah, dosa la korang. then dalam forum voteband.net, kluar bad2 words plak tu.. please la!! get real! neway..sapot sahcband at national competition ::18-20 July 2–5:: PISA Penang Alma Matter SAHC |
|